Suatu jetika Abu Talhah r.a. sedang bersolat dalam kebunnya.
Seekor burung telah terbang. Oleh kerana pohon-pohon di kebun itu rending,
burung itu tidak menemui jalan keluar dengan cepat. Burung itu berterbangan ke
sana ke mari sambil mencari jalan keluar. Beliau terpandang burung itu. Oleh
kerana pandangan itu, tumpuan hatinya beralih kepada burung itu dan mata beliau
bergerak menurut burung itu.
Tiba-tiba beliau teringat akan solatnya dan beliau telah
terlupa bilangan rakaat yang beliau telah kerjakan pada masa itu. Beliau begitu
sedih kerana kebun itulah beliau terkena musibah tersebut yakni terlupa dalam
solat. Dengan segera beliau pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. dan menceritakan
kisah yang sebenarnya. “Disebabkan kebun itu saya terkena musibah yang
sedemikian. Oleh kerana itu, saya serahkan kebun ini untuk jalan Allah s.w.t.
Tuan belanjakanlah kebun itu mengikut jalan yang tuan suka.”
Demikian juga telah berlaku pada zaman pemerintahan ‘Uthman
bin Affan r.a. Seorang sahabat Ansari r.a. sedang bersolat dalam kebunnya. Pada
musim itu buah tamar sedang masak di tandan. Disebabkan buah yang banyak dan
berat, tandan-tandan itu tunduk ke bawah. Beliau telah terpandang tandan-tandan
itu. Beliau gembira melihat tandan-tandan yang dipenuhi buah sehingga
menyebabkan hantinya tertumpu kepada tandan-tandan itu.
Oleh kerana itu, beliau tidak ingat lagi bilangan rakkat
yang telah berlalu. Kesedihan dan kerunsingan beliau begitu hebat sekali lalu
beliau telah membuat keputusan nekad bahawa kebun itu tidk boleh dimilikinya
lagi. Kebun itu telah menyebabkan musibah yang sedemikian menimpa ke atas
beliau. Oleh sebab itu, beliau telah berjumpa ‘Uthman bin Affan r.a. Setiba di
sana beliau pun berkata, “Saya ingin membelanjakan kebun ini di jalan Allah
s.w.t. Lakukanlah apa-apa yang tuan suka.”
‘Uthman bin Affan r.a. telah menual kebun itu dengan harga
lima puluh ribu dirham dan membelanjakan wang itu untuk kerja-kerja agama.
Keterangan
Inilah tahap keimanan pada sahabat r.a. Apabila terlalai
dalam amalan yang begitu penting seperti solat, dengan segera mereka
menyedekahkan kebun yang berharga lima puluh ribu dirham.
Shah Waliullah Dehlawi r.a.h. menulis kitab beliau al-Qaulul
Jamil bahawa berdasarkan amalan salafussolehin, ahli tasawwuf mementingkan
ketaatan kepada Allah s.w.t. lebih daripada segala sesuatu yang lain. Oleh
kerana itulah para sahabat r.a. begitu malu apabila tumpuan hati mereka telah
beralih sedikit kepada perkara lain.