Solat tidaklah hanya menjadi amalan utama di akhirat nanti,
tetapi gerakan-gerakan solat paling terbaik bagi tubuh badan manusia. Bahkan
dari sudut kesihatan, solat adalah gudang ubat daru pelbagai jenis penyakit.
Ibadat solat merupakan ibadat yang paling baik untuk metabolism dan tekstur
tubuh badan manusia. Gerakan-gerakan di dalam solat mempunyai kelebihan
masing-masing.
Takbiratul Ihram
Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar dengan
telinga, lalu melipatnya di depan perut atau di bawah bahagian dada. Gerakan
ini bermanfaat untuk melancarkan aliran darah, limfe dan kekuatan otot lengan.
Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh
badan. Ketika mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah
yang kaya dengan oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di
depan perut atau di bahagian bawah dada. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai
sakit sendi, khususnya pada bahagian atas badan.
Rukuk
Rukuk yang sempurna ditampung oleh tulang belakang yang
lurus sehingga apabila diletakkan segelas air di atas tulang belakang tersebut
tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang. Gerakan ini
bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan
posisi serta fungsi tulang belakang sebagai penyangga badan dan pusat saraf.
Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada bahagian
tengah badan. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi untuk meregangkan
otot-otot bahu sehinggan ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan bagi kemih
sehingga gangguan prostate dapat dicegah.
Iktidal
Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah mengangkat
kedua tangan setinggi telinga. Iktidal merupakan variasi dari postur setelah
rukuk dan sebelum sujud. Gerakan ini bermanfaat sebagai latihan yang baik bagi
organ-organ percernaan. Ketika iktidal dilakukan, organ-organ pencernaan di
dalam perut mengalami pelonggaran secara bersilih-ganti. Ia memberi kesan bagi
melancarkan pencernaan.
Sujud
Menonggeng dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung
kaki dan dahi pada lantai. Posisi sujud berguna untuk memompa getah bening ke
bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah
beroksigen akan mengalir ke otak. Aliran ini mempengaruhi pada daya pemikiran
seseorang. Oleh kerana itu, sebaiknya melakukan sujud dengan tuma’ninah, tidak
tergesa-gesa agar darah yang mencukupi berada di otak. Posisi seperti ini
mengelakkan seseorang dari gangguan wasir. Khusus bagi perempuan, baik rukuk
mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ
kewanitaan.
Duduk antara dua sujud
Duduk setelah sujud terdiri dari dua jenis iaitu tahiyat
awal dan tahiyat akhir. Perbezaannya terletak pada posisi tapak kaki. Ketika
tahiyat awal, badan tertumpu pada pangkal peha yang berhubung dengan saraf
nervus Ischiadius. Posisi ini mampu menghindarkan nyeri pada pangkal paha yang
sering menyebabkan hamstring. Duduk tahiyat akhir sangat baik bagi lelaki
kerana tumit menekan aliran kandungan uretra, kelenjar prostate dan saluran vas
deferens. Jika dilakukan dengan betul, posisi seperti ini mampu mencegah
impotensi. Kedudukan tapak kaki pada tahiyat awal dan akhir menyebabkan seluruh
otot tunjang turut meregang dan kemudian rehat (relaks) kembali. Gerak dan
tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ
pergerakan badan.
Salam
Gerakan memusing kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.
Salam bermanfaat untuk merehatkan otot sekitar leher dan kepala serta
menyempurnakan aliran darah di kepala sehingga mencegah sakit kepala serta
menjaga keanjalan kulit muka.
Shukur Alhamdullilah d atas penerangan ini....
ReplyDeleteShukur Alhamdullilah d atas penerangan ini....
ReplyDeleteSalam...byk kelebihan solat lima waktu di laku kan setiap hari utk kesihatan ..shukur alhamdulilah...
ReplyDeleteSalam...byk kelebihan solat lima waktu di laku kan setiap hari utk kesihatan ..shukur alhamdulilah...
ReplyDelete