Perbuatan mencaci atau menyakiti hati seseorang Muslim
adalah termasuk dosa besar dalam Islam kerana ia boleh menjejaskan nama baik
atau maruah orang yang dimaki atau disakiti hatinya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seorang Mukmin
bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka berbuat keji
dan bukan orang yang suka bercakap keji.”
Jom rawat lidah:
1)
Latihkan diri dengan berkata-kata dan berbual
dengan perkataan yang baik-baik, lemah lembut dan mesra.
2)
Latihkan diri dengan menjauhi daripada sikap
menghina, mengutuk, merendah-rendahkan sesama Muslim.
3)
Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesama
rakan yang baik, juga berdampingan dengan orang yang tinggi ilmu agamanya.
4)
Latihkan diri dengan mengelak daripada bersikap
suka bermusuh, suka mengumpat, suka bertengkar.
5)
Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk
memohon maaf dengan orang lain jika tersilap atau berbuat salah.
6)
Latihkan diri dengan mengamalkan sikap berbaik
sangka dan menolak buruk sangka terhadap orang lain.
7)
Latihkan diri dengan mengamalkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain.