Thursday, July 5, 2012

Kerana Mencaci,Kaki Digigit Anjing

Views

Dalam sebuah riwayat diterangkan: "Suatu ketika Anas bin Malik duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan sahabat yang kakinya berlumuran darah. Rasulullah kamudian memanggilnya, seraya bertanya: "Kena apa kakimu itu." Jawab lelaki: "Ya Rasulullah, tadi aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba bertemu dengan anjing milik seorang munafik, lalu anjing itu menggit kakiku hingga berdarah."

Rasulullah kemudian bersabda: "Silakan duduk dulu." Lelaki itu kemudian duduk. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki menghadap Rasulullah, yang kakinya juga berlumuran darah. Lelaki itu berkata: "Ya Rasulullah, sungguh tadi aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba bertemu dengan anjing milik seorang munafik, lalu anjing itu menggigit kakiku hingga berdarah."

Berdasar laporan dua orang sahabat, dan menyaksikan sendiri bekas luka gigitan anjing di kakinya, Rasulullah segera memerintahkan kepada para sahabat agar membunuh anjing milik orang munafik itu. Para sahabat kemudian pergi bersama Rasulullah mencari anjing yang dimaksudkan. Ketika bertemu, anjing itu terus duduk bersimpuh di hadapan Rasulullah, seraya dengan suara yang fasih berkata: "Ya Rasulullah, janganlah engkau membunuh aku. Sebab aku adalah bahagian mahkluk yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kemudian Rasulullah bertanya: "Tetapi, mengapa engkau menggigit dua orang sahabatku?" Jawab anjing: "Sungguh aku adalah seekor anjing yang diberi tugas oleh Allah untuk menggigit setiap orang yang menghina sahabat Abu Bakar As-Shidiq." Mendengar jawapan si anjing, lalu Rasulullah bersabda: "Hai dua orang sahabatku, adakah engkau telah mendengar jawapan dari anjing tadi?" Jawab kedua orang sahabat: "Ya, kami telah mendengarnya. Mulai waktu ini aku bertaubat, dan berjanji tidak akan berprasangka buruk lagi terhadap sahabat Abu Bakar As-Shidiq."

Allah s.w.t. berfirman:

"Jikalau engkau tidak menolongnya (Muhammad) , maka sesungguhnya Allah telah menolongnya. Iaitu ketika orang-orang kafir Makkah mengeluarkannya dari Makkah, sedangkan dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah berserta kita." Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada Muhammad dan pembantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya."                  (At-Taubah: 40)

Dalam ayat lain diterangkan pula tentang keistimewaan Abu Bakar, sebagai orang yang pertama kali beriman kepada Rasulullah. Dalam perkara ini Allah teleh menegaskan:

"Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa."                (Az-Zumar: 33)


Terima kasih membaca entry hafiz

Menabung

Views


Tanpa pelan tanbungan yang teratur, adalah sukar untuk mencapai matlamat kewangan seperti membeli rumah atau kereta, melanjutkan pelajaran atau membina dana persaraan.

Adalah dicadangkan menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan. Malah, lebih baik jika boleh meningkatkan tabungan kepada 15% hingga 20% kerana akan mempunyai lebih banyak wang untuk masa depan.

PANDUAN MEMUPUK TABIAT MENABUNG


1. Menabung sebelum berbelanja

a) Menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan.
b) Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya.

2) Dorong diri dengan menetapkan matlamat kewangan

a) Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri menabung. Boleh menetapkan matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

3) Jadikan tabiat menabung suatu cabaran

a) Selepas menabung 10% daripada pendapatan, cabar diri untuk meningkatkan jumlah tabungan secara beransur-ansur

4) Simpan sebahagian 'Durian Runtuh'

a) Setiap kali menerima wang seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam  akaun simpanan.
b) Jika menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah tabungan bulanan anda

MENABUNG UNTUK KECEMASAN KEWANGAN


Dalam kehidupan seharian, kadangkala kejadian tidak diduga atau kecemasan boleh menyebabkan hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Malah ada kalanya mungkin memerlukan jumlah wang yang banyak dalam masa yang singkat untuk menangani masalah tersebut.

Lazimnya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekiranya kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba ataupun akibat kos membaiki kerosakan rumah atau kereta. Jika anda atau pasangan kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar!

Dalam keadaan begini, adalah penting bagi yang mempunyai tabungan untuk menanganinya. Sebagai panduan, perlu mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas selama 3 hingga 6 bulan. Keadaan akan bertambah buruk jika perlu meminjam untuk mengatasi masalah yang timbul itu.
Terima kasih membaca entry hafiz

Tuesday, July 3, 2012

Zikir Untuk Pelajar Cemerlang

Views

Allah berfirman:
"Dialah ALLAH, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai Asma'ul Husna (nama-nama yang baik). (Surah Thaha: 8)

1. Allah. Yang menciptakan sekalian makhluk dari tiada menjadi ada.

a) Sesiapa yang membaca Ya Allah Ya Hayyu sebanyak 100 kali pada setiap hari Jumaat, yakni sebelum mengerjakan solat Jumaat dalam keadaan dia suci daripada hadas dan najis serta dibacanya dengan khusyuk, insyaAllah dimudahkan bagimu segala yang dituntut dan yang diperjuangkan.

2. Ar-Rahman. Maha pemurah. Pemberi nikmat kepada hambaNya dan Maha pengasih ke atas mereka dalam kehidupan dunia.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Rahman) sebanyak 100 kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu, insyaAllah akan hilang daripadanya sifat lalai dan pelupa.

b) Sesiapa yang membaca Ya Rahman sebanyak 100 kali selepas mengerjakan solat fardhu, insyaAllah dia mempunyai ingatan yang baik dan mempunyai hati yang pemurah.

3. Al-Muhaimin. Maha penjaga. Memerintah dan melindungi segala sesuatu.

a) Sesiapa yang membacanya sebanyak 145 kali selepas solat Isyak, insyaAllah akan kuat hafalan (ingatan)nya.

4. Ar-Razzaq. Maha pemberi rezeki. Menentukan bekalan rezeki serta menyediakan asbab-asbab (sumber-sumber) ianya akan diperoleh oleh makhluk-makhlukNya.

a) Sesiapa yang membaca Ya Razzaq 20 kali setiap hari, yakni dibaca pagi-pagi sebelum sarapan dan diwiridkannya selama 20 hari, insyaAllah dia akan diberi kefahaman yang mendalam dan sempruna dalam sesuatu perkara.

5. Al-Jalil. Maha luhur. Yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Jalil) 73 kali setiap pagi (pukul 2.30), insyaAllah usahanya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.

6. Al-Hakim. Maha bijaksana. Memiliki bijaksanaan dan kesempurnaan dalam mengatur serta membuat segala sesuatu.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Hakim) sebanyak 300 kali pada setiap hari, insyaAllah akal fikirannya akan menjadi cergas sehingga dia mudah menerima dan mengingati pelajaran.

7. Al-Qayyum. Maha berdiri sendiri. Zat Allah s.w.t. berdiri sendiri, begitu juga sifat dan perbuatanNya. Dia juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. Dan juga denganNya berdiri langit dan bumi.

a) Sesiapa yang selalu membaca (Ya Qayyum), insyaAllah dia akan terpelihara daripada sifat lupa dan lalai.

8. Al-Majid. Maha mulia. Allah s.w.t. bersifat agung, suci, mulia dan penuh kesempurnaan. Dia yang berhak untuk dipuji dan dimuliakan dan dihormati oleh sekelian penduduk langit dan bumi.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Majid) 400 kali setiap hari, terutama para pelajar, insyaAllah akan terang hatinya, tajam ingatannya dan tidak mudah lupa. Namum demikian pelajar tersebut mesti belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

9. Zul Jalali Wal Ikram. Maka memiliki kebesaran dan kemuliaan. Dia juga zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang banyak melimpah ruah.

a) Sesiapa yang selalu membaca (Ya Zal Jalali wal Ikram), insyaAllah dia akan mendapat kejayaan, jika dia sertakan dengan usaha yang gigih dan tekun.

10. Ar-Rasyid. Maha pemberi petunjuk. Memberi arahan dan tuntutan kepada seluruh hambaNya. Segala peraturanNya itu berjalan menurut ketentuan yang telah ditetapkanNya.

a) Untuk mencerdaskan fikiran. Sesiapa yang membaca (Ya Rashid) berulang-kali pada waktu pagi dan petang, insyaAllah bertambah cerdas fikirannya.
Terima kasih membaca entry hafiz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...