Thursday, July 5, 2012

Menabung

Views


Tanpa pelan tanbungan yang teratur, adalah sukar untuk mencapai matlamat kewangan seperti membeli rumah atau kereta, melanjutkan pelajaran atau membina dana persaraan.

Adalah dicadangkan menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan. Malah, lebih baik jika boleh meningkatkan tabungan kepada 15% hingga 20% kerana akan mempunyai lebih banyak wang untuk masa depan.

PANDUAN MEMUPUK TABIAT MENABUNG


1. Menabung sebelum berbelanja

a) Menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan.
b) Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya.

2) Dorong diri dengan menetapkan matlamat kewangan

a) Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri menabung. Boleh menetapkan matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

3) Jadikan tabiat menabung suatu cabaran

a) Selepas menabung 10% daripada pendapatan, cabar diri untuk meningkatkan jumlah tabungan secara beransur-ansur

4) Simpan sebahagian 'Durian Runtuh'

a) Setiap kali menerima wang seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam  akaun simpanan.
b) Jika menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah tabungan bulanan anda

MENABUNG UNTUK KECEMASAN KEWANGAN


Dalam kehidupan seharian, kadangkala kejadian tidak diduga atau kecemasan boleh menyebabkan hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Malah ada kalanya mungkin memerlukan jumlah wang yang banyak dalam masa yang singkat untuk menangani masalah tersebut.

Lazimnya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekiranya kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba ataupun akibat kos membaiki kerosakan rumah atau kereta. Jika anda atau pasangan kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar!

Dalam keadaan begini, adalah penting bagi yang mempunyai tabungan untuk menanganinya. Sebagai panduan, perlu mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas selama 3 hingga 6 bulan. Keadaan akan bertambah buruk jika perlu meminjam untuk mengatasi masalah yang timbul itu.
Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...