Tuesday, May 15, 2012

Luahan hati seorang bayi

Views


Wahai ibuku! Mengapa kau tidak membesarkan aku dengan tanganmu sendiri? Patutkah aku diperlakukan sebegini sedangkan saat aku hendak diturunkan ke dunia aku telah bertanya kepada Allah s.w.t.: “Ya Allah, para malaikat di sini berkata bahawa esok Engkau akan hantarkan aku ke dunia, tetapi Ya Allah, bagaimana cara untuk aku hidup di sana, sedangkan aku kecil dan lemah?”

Jawab Allah s.w.t.: “Aku akan menghadiahkan seorang malaikat kepadamu, dia akan menjaga dan menyayangimu.” Aku bertanya lagi, “Tetapi Ya Allah, aku sangat bahagia dengan keadaan aku di dalam syurga. Aku sangat bahagia dapat menyanyi dan tertawa di dalam syurga.” Allah s.w.t. menjawab: “Malaikat yang menjagamu akan selalu membuat kamu tersenyum dan tertawa setiap masa.” Aku bertanya lagi, “Bagaimana caranya jika aku ingin mengadu sesuatu kepada-Mu?”

Allah s.w.t. menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan kamu bagaimana untuk berdoa.” Aku bertanya, “Tetapi di dunia ada ramai orang jahat.” Allah s.w.t. menjawab: “Malaikatmu akan selalu melindungimu bahkan sanggup mengorbankan dirinya untukmu.” Aku bertanya lagi, “Tetapi aku tetap akan bersedih kerana aku tidak akan dapat melihat-Mu lagi Ya Allah!” Jawab Allah s.w.t.: “Malaikatmu akan mengajarkan kamu amalan-amalan untuk kamu kembali kepada-Ku walaupun sesungguhnya Aku selalu berada di sisimu.”
Ketika itu syurga begitu tenang dan sunyi sehingga terdengar rintihan dari bumi dan dengan sayunya aku bertanya lagi, “Ya Allah, kalau aku ditakdirkan untuk dihantarkan ke dunia sekarang, beritahulah kepadaku siapakan gerangan malaikat yang kamu maksudkan itu.” Allah s.w.t. menjawab: “Malaikatmu ialah manusia yang bernama IBU.”

Wahai ibuku! Kamu digelar malaikat oleh Allah s.w.t. kerana kamu seorang penjaga. Jadi patutkah kamu melakukan sedemikian rupa padaku? Mengapa diriku yang dipersalahkan, sedangkan kesalahan itu adalah perbuatanmu? Wahai ibuku! Aku sangat menyayangi kamu.

Patutkan kita menghukum anak itu dengan perbuatan kita sedangkan dia adalah anugerah Allah s.w.t. kepada kita dan juga satu ujian untuk kita sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anfal, ayat 28, “Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar.”



Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...