Allah s.w.t. berfirman, “Sesiapa yang memusuhi waktu waliKu
maka aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Tiada seorang pun dapat
menghampiri Aku kecuali dengan apa-apa yang Aku telah fardhukan kepadanya.
(Yakni, penghampiran kepada Allah s.w.t. paling banyak dapat dihasilkan dengan
menunaikan segala amalan yang fardhu). Dengan perantaraan amalan sunat
seseorang hamba itu akan berterusan dapat menghampiriKu sehingga Aku
menjadikannya kekasihKu. Kemudian aku akan menjadi telinganya yang dia
mendengar dengan telinga itu. Aku akan menjadi matanya yang dia melihat dengan
mata itu. Aku akan menjadikan tangannya yang dia memegang dengan tangan itu.
Aku akan menjadi kakinya yang dia berjalan dengan kaki itu. Sekiranya dia
meminta sesuatu daripadaKu pasti Aku tunaikan dan sekiranya dia meminta
perlindungan daripadaKu terhadap sesuatu pasti aku akan melindunginya.”
[Jam’ul-Fawaid]
Keterangan
Maksud ‘menjadi mata dan telinga…..’ ialah penglihatan, pendengaran
dan pergerakannya akan mengikut kesukaan Allah s.w.t. dan tidak ada satu
perkara pun yang akan berlaku bertentangan dengan keredhaanAllah s.w.t.
Alangkah bertuahnya mereka yang mendapat taufik untuk
memperbanyakkan amalan sunat setelah menunaikan amalan fardhu dan seterusnya
mendapat kelebihan ini. Semoga Allah s.w.t. dengan limpahanNya mengurniakan
kelebihan ini kepada saya dan semua rakan saya.