Thursday, June 28, 2012

Mengapa Negara Islam Dituduh Pengganas?

Views

Kerajaan Komunis China telah menggelek ribuan pelajar prodemokrasi sehingga mati dengan menggunakan kereta kebal di Medan Tiannanmen dalam usahanya untuk membendung kebangkitan demokrasi di China. Apakah reaksi Amerika Syarikat dan sekutunya? Mengapa tidak dibuat suatu pakatan untuk menentang keganasan yang dilakukan oleh China sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ketika berhadapan dengan Osama bin Laden.

Bukti yang menunjukkan Kerajaan Komunis China membunuh beribu-ribu orang pelajarnya cukup jelas dan ianya dapat disaksikan di kaca TV sedangkan pembabitan Osama di dalam serangan ke atas WTC dan Pentagon masih lagi samar. Kerajaan Taliban dijadikan sasaran terbaru Amerika Syarikat kerana dituduh cuba melindungi Osama.

Apakah muslihat Amerika Syarikat sebenarnya? Amerika Syarikat pasti akan menyerang China sekiranya rakyatnya yang terkorban digelek oleh kereta kebal di Medan Tiannanmen dan ini membuktikan nilai nyawa seseorang berbeza pada kacamata Amerika Syarikat.

Situasi yang sama juga berlaku di Timur Tengah apabila rejim Yahudi sewenang-wenangnya melakukan keganasan dan penindasan ke atas rakyat Palestin. Boleh dikatakan hari-hari ada sahaja rakyat Palestin yang dibunuh oleh rejim Yahudi ini. Malah Amerika Syarikat masih lagi membela setiap tindakan yang dilakukan oleh rejim Yahudi dengan membekalkan rejim keparat itu dengan senjata-senjata canggih sehingga telah menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada negara-negara Islam terhadapnya. Implikasinya, sikap double standard Amerika Syarikat ini telah menimbulkan perasaan anti Amerika Syarikat yang cukup kuat dikalangan umat Islam di seluruh dunia.

Amerika Syarikat seperti tidak mahu mengakui kesalahannya itu adalah berpunca daripada kelemahan dasar luarnya terhadap negara-negara Islam khususnya yang melibatkan isu Palestin dan rejim Yahudi. Sebaliknya, Amerika Syarikat terus menuding jari dan menyalahkan Osama serta pertubuhan Al-Qaeda yang dipimpinya. Amerika Syarikat dan sekutunya juga telah mengumpulkan armada tenteranya untuk menyerang Afganistan. Nampaknya perang alaf baru semakin hampir dan menjadi kenyataan.


Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...