Semasa orang-orang Islam mengalami kekalahan dalam
peperangan Uhud ada orang yang menyebarkan khabar angin bahawa Rasulullah
s.a.w. juga mati syahid. Berita yang begitu mencemaskan itu memberi kesan yang
mendalam terhadap para sahabat r.a. Oleh sebab itu, semangat mereka bertambah
lemah lagi.
Ketika Anas bin Nadhr
r.a. sedang berjalan, beliau ternampak satu kumpulan yang terdiri daripada
beberapa orang Muhajirin dan Ansar termasuk ‘Umar dan Talhah r.a. Mereka semua
dalam keadaan gelisah. Anas r.a. telah bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?
Aku nampak semua orang Islam dalam keadaan sedih dan gelisah.”
Mereka menjawab, “Rasulullah telah syahid.”
Anas r.a. lalu berkata, “Apa guna kamu hidup setelah ketiadaan
Rasulullah? Ambillah pedang kamu. Ayuh! Kita maju untuk syahid.”
Anas r.a. sendiri telah menghunus pedang di tangannya lalu
merempuh masuk ke dalam kumpulan orang-orang kafir dan terus berperang sehingga
beliau gugur syahid. [Tarikul-Khamis]
Keterangan
Maksud Anas r.a. ialah kehidupan mereka tidak berguna lagi
sekiranya tidak dapat melihat wajah Baginda s.a.w. Lantaran itu beliau telah
mengorbankan nyawanya.
Interesting story. Thanks for sharing :)
ReplyDeletesama2...trimas komen...payah nak tgk komen kat blog saya ni...xinteresting...sy penting kan pengisian
Delete