Thursday, June 28, 2012

Adab Berbelanja

Views

Salman al-Farisi berkata :

"Janganlah kamu jadi orang yang pertama memasuki pasar dan yang terakhir keluar darinya, kerana pasar adalah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka."

Adab berbelanja :

1)  Hendaklah kita mengambil kira keperluan kehendak dan kemampuan.

2)  Tidak digalakkan membawa wang yang melampau banyaknya kerana akan mengakibatkan perbelanjaan yang melampau pembazirannya.

3)  Dapatkan pandangan daripada mereka yang tahu tentang sesuatu barang yang ingin dibeli.

4)  Pastikan barang yang dibeli itu halal pada perspektif Islam.

5)  Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar harga yang terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.

6)  Jujur dan amanah

7)  Utamakan urus niaga dengan orang Islam melainkan setelah tiada pilihan


Terima kasih membaca entry hafiz

Rakyat Palestin Di Penjara Israel

Views


Sudah lebih 60 tahun bumi Palestin dijajah rejim haram Zionis Israel. Sepanjang tempoh itu, bumi anbiya itu tidak pernah sunyi dengan kezaliman dan penindasan di luar batasan kemanusiaan.

Rakyat Palestin diratah semahu-mahunya bagi membenarkan misi Yahudi mewujudkan negara haram Israel. Maka tidak hairanlah umat Islam di Palestin sudah begitu kebal dengan penderitaan.

Dalam tempoh itu sudah berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin ditahan tanpa bicara. Episod penahanan tidak pernah berakhir. Tentera-tentera pencerobohan berkeliaran tanpa sekatan.

Nasib tahanan Israel sukar diramalkan. Kebanyakan tahanan menghabiskan umur di penjara. Namun, kebelakangan ini situasi agak berlainan. Tahanan penjara Israel mula mendapat perhatian setelah tertawannya seorang tentera penceroboh, Gilad Shalit.

Mahkamah Israel memutuskan bagi memastikan Shalit dikembalikan, seramai 1,000 tahanan Palsetin di penjara Israel dibebaskan. Pertukaran bermula dengan pembebasan 550 tahanan Palestin dengan Gilat Shalit.

Ia dianggap satu kejayaan buat rakyat Palestin. Tahanan Palestin tidak putus asa. Tahun ini siri-siri mogok lapar dilakukan mereka.

Dunia dikejutkan dengan dua mogok lapar berprofil tinggi oleh Khadir Adnan selama 66 hari dan akhirnya mahkamah Israel terpaksa membebaskan beliau pada 21 Februari lalu.

Begitu juga Hana Shalabi dibebaskan setelah 43 hari melakukan mogok lapar. Beliau dibebaskan awal April lalu. Tahanan Palestin terus mendesak Israel dengan melancarkan mogok lapar.

Seramai 2,500 lagi tahanan melancarkan mogok lapar setelah Israel mengabaikan tuntutan Bilal Diab dan Thaer Halahleh yang meneruskan mogok lapar masuk hari ke-70.

Mereka cuma minum air dan kesihatan mereka semakin meruncing. Israel yang sering mendabik dada dengan mendakwa negaranya tidak melanggar undang-undang akan terjejas sekiranya tahanan tanpa bicara mati.

Isu di Palestin bukanlah terbatas kepada isu penganiayaan kepada tahanan sahaja malah lebih teruk lagi. Gaza diburukkan dengan kekurangan bekalan ubatan serta krisis bekalan elektrik.

Bumi Gaza hanya dapat menggunakan kemudahan elektrik selama 6-7 jam sahaja sehari. Bekalan ubat-ubatan oleh misi-misi kemanusiaan disekat daripada menghampiri sempadan Gaza.

Stesen janakuasa Gaza dihadkan operasinya kerana ketandusan sumber bahan api. Palestin membeli bahan api dari Mesir, namun Kementerian Hal Ehwal Luar dan Keselamatan Mesir masih melakukan sekatan ke atas Gaza.

PAda 15 Mei lalu merupakan hari peringatan ke-64 tahun Nakbah Palestin dijajah rejim Zionis Israel. Sejak tempoh itu bumi Palestin tidak pernah sunyi dengan kezaliman. Rakyatnya diratah semahu-mahunya oleh penjajah Israel.



Terima kasih membaca entry hafiz

Mengapa Negara Islam Dituduh Pengganas?

Views

Kerajaan Komunis China telah menggelek ribuan pelajar prodemokrasi sehingga mati dengan menggunakan kereta kebal di Medan Tiannanmen dalam usahanya untuk membendung kebangkitan demokrasi di China. Apakah reaksi Amerika Syarikat dan sekutunya? Mengapa tidak dibuat suatu pakatan untuk menentang keganasan yang dilakukan oleh China sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ketika berhadapan dengan Osama bin Laden.

Bukti yang menunjukkan Kerajaan Komunis China membunuh beribu-ribu orang pelajarnya cukup jelas dan ianya dapat disaksikan di kaca TV sedangkan pembabitan Osama di dalam serangan ke atas WTC dan Pentagon masih lagi samar. Kerajaan Taliban dijadikan sasaran terbaru Amerika Syarikat kerana dituduh cuba melindungi Osama.

Apakah muslihat Amerika Syarikat sebenarnya? Amerika Syarikat pasti akan menyerang China sekiranya rakyatnya yang terkorban digelek oleh kereta kebal di Medan Tiannanmen dan ini membuktikan nilai nyawa seseorang berbeza pada kacamata Amerika Syarikat.

Situasi yang sama juga berlaku di Timur Tengah apabila rejim Yahudi sewenang-wenangnya melakukan keganasan dan penindasan ke atas rakyat Palestin. Boleh dikatakan hari-hari ada sahaja rakyat Palestin yang dibunuh oleh rejim Yahudi ini. Malah Amerika Syarikat masih lagi membela setiap tindakan yang dilakukan oleh rejim Yahudi dengan membekalkan rejim keparat itu dengan senjata-senjata canggih sehingga telah menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada negara-negara Islam terhadapnya. Implikasinya, sikap double standard Amerika Syarikat ini telah menimbulkan perasaan anti Amerika Syarikat yang cukup kuat dikalangan umat Islam di seluruh dunia.

Amerika Syarikat seperti tidak mahu mengakui kesalahannya itu adalah berpunca daripada kelemahan dasar luarnya terhadap negara-negara Islam khususnya yang melibatkan isu Palestin dan rejim Yahudi. Sebaliknya, Amerika Syarikat terus menuding jari dan menyalahkan Osama serta pertubuhan Al-Qaeda yang dipimpinya. Amerika Syarikat dan sekutunya juga telah mengumpulkan armada tenteranya untuk menyerang Afganistan. Nampaknya perang alaf baru semakin hampir dan menjadi kenyataan.


Terima kasih membaca entry hafiz

Monday, June 25, 2012

40 Penyebab Gangguan Syaitan Di Rumah

Views

Syaitan adalah golongan jin penderhaka, sombong & pengacau

Firman Allah SWT :
"Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. siapa yang mengikut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh berbuat keji dan mungkar." (An-Nur : 21)

1) Tidak melaksanakan perintah Allah
2) Pemberi tempat kepada pelaku bid'ah
3) Wanita yang menolak permintaan suami
4) Orang yang menakut-nakutkan orang lain dengan benda tajam
5) Orang yang meninggalkan solat
6) Rumah yang berbau busuk
7) Rumah yang penghuninya tidak mandi janabah
8) Rumah yang penghuni lelakinya memakai za'faran
9) Rumah seorang pemboros
10) Rumah yang penghuninya terus menerus berbuat maksiat
11) Rumah yang digunakan untuk perbuatan keji
12) Rumah pelaku dosa besar
13) Rumah yang di dalamnya terdengar nyanyian dan alat muzik
14) Rumah yang di dalamnya terdapat loceng
15) Rumah yang penuh ratapan menangisi mayat
16) Rumah yang di dalamnya terdapat khamar dan perjudian
17) Rumah yang ditempatkan syaitan
18) Rumah yang penghuninya biasa mencaci maki
19) Tipu daya dan pujukan
20) Memakai bekas emas
21) Perliaku nifak
22) Melupakan Allah
23) Perilaku kedekut
24) Memakan barang haram
25) Kufur terhadap Allah
26) Mencaci sahabat Rasul
27) Berdusta terhadap Rasulullah
28) Berlaku sombong
29) Meminum minuman keras
30) Mencuri dan menyimpan harta orang
31) Rumah yang di dalamnya terdapat gambar (patung)
32) Rumah yang di dalamnya terdapat kemusyirkan
33) Rumah yang dijadikan tempat permainan dadu
34) Rumah yang di dalamnya terdapat benda haram
35) Rumah orang yang terkutuk
36) Rumah orang yang memutuskan silaturrahim
37) Ruamh orang yang menderhakai orang tua
38) Rumah orang yang memakan harta anak yatim
39) Rumah orang yang memakan harta riba
40) Rumah yang di dalamnya terdapat anjing


Terima kasih membaca entry hafiz

Jenis syaitan

Views

UMAR AL-KHATTAB R.A berkata, terdapat 9 jenis Syaitan yang merupakan sekutu Iblis Laknatullah dengan tugas2 khas mereka untuk merosakkan iman dan amal manusia serta cuba untuk menyesatkan kita agar menjadi teman mereka di dalam Neraka…na’uzubillah!!

1. ZALITUUN
Duduk di pasar2 dan kedai2 supaya manusia hilang sifat jimat cermat dan menjadi boros. Menggoda manusia supaya berbelanja lebih, membazir dan membeli yang tidak perlu serta kedekut pula untuk bersedekah..

2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan yang sedang berdukacita supaya bersangka buruk terhadap Allah dan berputus asa dari rahmat Allah SWT..

3. A’AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan dan kemewahan sehingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ‘alim ulama..

4. HAFFAF
Berkawan dengan kaki botol (pemabuk). Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat dan pesta2 yg melalaikan (contoh: konsert2, disko, kelab malam & tempat yang ada wanita penghibur dan minuman keras)..

5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan orang yang sukakan muzik, nyanyian dan tarian sehingga lupa untuk mengingati Allah. Termasuklah komposer, penulis lirik dan artis (penyanyi, pemuzik dan penari dll). Mereka ini diusahakan oleh syaitan2 ini supaya tenggelam dalam keseronokan, glamour, kemegahan, kemewahan hasil rezeki yang tidak halal dan lain-lain..

6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan kata2 tidak elok, lucah dan cabul, menipu, fitnah, gosip, kejian (mengutuk), umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut..

7. DAASIM
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, syaitan ini berusaha agar berlaku suasana tidak aman dan keruntuhan rumah tangga, anak2 bergaduh, suami isteri berkelahi, suami bertindak ganas dgn ahli keluarganya, isteri menuntut cerai, suami isteri jadi bercerai berai, anak-anak didera dan terabai serta pelbagai bentuk kerosakan di dalam institusi keluarga..

8. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dan tidak yakin dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk, mandi junub, solat dan lain2 ibadah sehingga menjejaskan amal soleh yang kita lakukan..

9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari..

Syaitan yang manakah sering mengganggu anda? Lihat dan perhatikan pada diri anda sendiri..Adakah syaitan WALAHAAN menyebabkan anda was-was untuk menyebarkan maklumat ini ? anda sendiri jawab..



Terima kasih membaca entry hafiz

Wednesday, June 6, 2012

Langkah mengatasi mengantuk dan tekanan

Views Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!


LANGKAH 1
Untuk panaskan badan...buat pergerakan ala-ala tai chi...

LANGKAH 2
Untuk melegakan bahu anda...sila tiru gaya ini...

LANGKAH 3
waa...waa...aaa...

LANGKAH 4
Gerak ke kanan kemudian ke kiri...

LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan...ikut saja la...jangan sampai terpusing kepala sudah la...

LANGKAH 6
Tepuk kuat-kuat kat dahi...bagi menghilangkan ngantuk...

LANGKAH 7
selepas itu buat gerakan badan dan tangan...buat macam gembira je...

LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit...lakukan seperti kita tiada masalah

LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula...jangan peduli apa orang lain kata...

LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan...

LANGKAH 11
Pusingkan kepala...

LANGKAH 12
Tengok muka kat cermin sambil goyang-goyang...lawa tak??

LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing...

SELAMAT MENCUBA!!!















Terima kasih membaca entry hafiz

Friday, June 1, 2012

Setiap Hari Ibarat Hari Jumaat

Views

Saya suka akan hari jumaat, dan bukan saya seorang sahaja yang begitu. Kebanyakkan orang mengaitkan hari terakhir minggu bekerja ini dengan perasaan lega, relaks, dan harapan hujung minggu yang menyeronokkan. Pasti ada sesuatu yang istimewa mengenai hari yang kedatangannya diraikan ini, sehinggakan sebuah rangkaian restoran sanggup menggunakan nama hari ini sebagai nama perniagaannya.

                Saya juga meraikan kedatangan hari jumaat. Sesudah menghantar anak saya ke sekolah, biasanya pada hari jumaat saya ke Starbucks, dan membelikan diri sendiri secawan kopi yang mahal. Kemudian, saya tidak terus pulang. Sebaliknya saya mencari dan mengambil jalan pulang yang memiliki permandangan terindah, iaitu melalui taman hutan simpanan yang berdekatan. Beberapa kali dalam sepanjang hari itu saya akan tersenyum ataupun tergelak sendirian tanpa sebarang alasan lain, selain kerana nama hari itu bermula dengan huruf ‘J’ dan bukannya, ‘I’, ‘S’, ‘R’ ataupun ‘K’.

                Apabila saya mengambil anak saya pulang dari sekolah pada sebelah petangnya pula, biasanya kami berdua bertepuk tangan dan bersorak, “Hore, hari jumaat!” Dalam perjalanan pulang, kami dapat melihat bagaimana komuniti pekan kecil kami mula bersiap-siap meraikan hujung minggu yang akan tiba. Kelihatan seolah-olah seluruh dunia sedang meraikan kedatangan hari jumaat. Pada suatu hari, saya pulang dari pejabat doktor dengan gembira apabila diberitahu penyakit yang saya risaukan sudah hilang dan tahap kesihatan saya sudah bertambah baik. Mood baik saya itu diperkuatkan lagi oleh cuaca yang baik, redup dan berangin. Bunga-bunga yang sedang melakar indah dan kicauan burung. Tiba-tiba saya terasa seperti mahu meraikannya, dan fikiran saya dipenuhi bau-bauan kopi yang harum. Saya membisikkan perkataan, ‘Cappucino!’ dan terus memandu menuju kedai kopi yang berdekatan.

                Fikiran saya memberontak. “Apa yang kamu sedang lakukan? Hari ini hari selasa! Kopi hanya untuk hari jumaat sahaja!” TIba-tiba saya sedar betapa kelakarnya cara pemikiran saya selama ini. Mengapa pula hari jumaat lebih istimewa berbanding mana-mana hari lain? Mengapa kita perlu menghabiskan masa enam hari bersikap serius semata-mata mahu meraikan hari yang ketujuh? Beberapa minit kemudian, saya berjalan balik ke kereta saya dengan senyuman lebar dan secawan kopi raspberry mocha di tangan.

                Memang ia kemenangan kecil, tetapi ia juga gambaran yang tepat perihal cara kebanyakan kita menjalankan kehidupan kita. Kita menunggu dan menunggu masa yang sesuai sebelum membenarkan diri kita menikmati masa yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita di bumi ini. Kita menunggu tamat pengajian di kolej, mendapat kerja baru ataupun anak sudah membesar dahulu sebelum mahu meraikan hidup kita. Kita menunggu kereta sudah habis dibayar, atau bersara dahulu sebelum mahu membenarkan diri kita berseronok. Ketika menunggu itu kita membazirkan banyak masa yang dianugerahkan oleh Tuhan dan kebahagian yang patut kita rasai setiap hari. Alangkah baiknya sekiranya kita dapat meminjamkan ‘perasaan hari jumaat’ kita itu kepada hari-hari yang lain, yang kurang ceria, seperti hari isnin, selasa, ataupun rabu. Sudah tentu hidup kita akan menjadi lebih bahagia.

                Seronok juga apabila melihat restoran-restoran T.G.I. Friday’s di seluruh dunia beroperasi pada setiap hari, dan bukannya pada hari jumaat semata-mata! Rangkaian restoran ini meraikan ‘perasaan hari jumaat’ itu setiap hari.

Bukankah kita juga patut bersikap begitu?



Terima kasih membaca entry hafiz

Kelebihan Gerakan Solat Untuk Kesihatan Diri

Views

Solat tidaklah hanya menjadi amalan utama di akhirat nanti, tetapi gerakan-gerakan solat paling terbaik bagi tubuh badan manusia. Bahkan dari sudut kesihatan, solat adalah gudang ubat daru pelbagai jenis penyakit. Ibadat solat merupakan ibadat yang paling baik untuk metabolism dan tekstur tubuh badan manusia. Gerakan-gerakan di dalam solat mempunyai kelebihan masing-masing.

Takbiratul Ihram

Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar dengan telinga, lalu melipatnya di depan perut atau di bawah bahagian dada. Gerakan ini bermanfaat untuk melancarkan aliran darah, limfe dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh badan. Ketika mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang kaya dengan oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau di bahagian bawah dada. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai sakit sendi, khususnya pada bahagian atas badan.

Rukuk

Rukuk yang sempurna ditampung oleh tulang belakang yang lurus sehingga apabila diletakkan segelas air di atas tulang belakang tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang. Gerakan ini bermanfaat untuk menjaga  kesempurnaan posisi serta fungsi tulang belakang sebagai penyangga badan dan pusat saraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada bahagian tengah badan. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi untuk meregangkan otot-otot bahu sehinggan ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan bagi kemih sehingga gangguan prostate dapat dicegah.

Iktidal

Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah mengangkat kedua tangan setinggi telinga. Iktidal merupakan variasi dari postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerakan ini bermanfaat sebagai latihan yang baik bagi organ-organ percernaan. Ketika iktidal dilakukan, organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami pelonggaran secara bersilih-ganti. Ia memberi kesan bagi melancarkan pencernaan.

Sujud

Menonggeng dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai. Posisi sujud berguna untuk memompa getah bening ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah beroksigen akan mengalir ke otak. Aliran ini mempengaruhi pada daya pemikiran seseorang. Oleh kerana itu, sebaiknya melakukan sujud dengan tuma’ninah, tidak tergesa-gesa agar darah yang mencukupi berada di otak. Posisi seperti ini mengelakkan seseorang dari gangguan wasir. Khusus bagi perempuan, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

Duduk antara dua sujud

Duduk setelah sujud terdiri dari dua jenis iaitu tahiyat awal dan tahiyat akhir. Perbezaannya terletak pada posisi tapak kaki. Ketika tahiyat awal, badan tertumpu pada pangkal peha yang berhubung dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini mampu menghindarkan nyeri pada pangkal paha yang sering menyebabkan hamstring. Duduk tahiyat akhir sangat baik bagi lelaki kerana tumit menekan aliran kandungan uretra, kelenjar prostate dan saluran vas deferens. Jika dilakukan dengan betul, posisi seperti ini mampu mencegah impotensi. Kedudukan tapak kaki pada tahiyat awal dan akhir menyebabkan seluruh otot tunjang turut meregang dan kemudian rehat (relaks) kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ pergerakan badan.

Salam

Gerakan memusing kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima. Salam bermanfaat untuk merehatkan otot sekitar leher dan kepala serta menyempurnakan aliran darah di kepala sehingga mencegah sakit kepala serta menjaga keanjalan kulit muka.



Terima kasih membaca entry hafiz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...