Tuesday, July 3, 2012

Zikir Untuk Pelajar Cemerlang

Views

Allah berfirman:
"Dialah ALLAH, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai Asma'ul Husna (nama-nama yang baik). (Surah Thaha: 8)

1. Allah. Yang menciptakan sekalian makhluk dari tiada menjadi ada.

a) Sesiapa yang membaca Ya Allah Ya Hayyu sebanyak 100 kali pada setiap hari Jumaat, yakni sebelum mengerjakan solat Jumaat dalam keadaan dia suci daripada hadas dan najis serta dibacanya dengan khusyuk, insyaAllah dimudahkan bagimu segala yang dituntut dan yang diperjuangkan.

2. Ar-Rahman. Maha pemurah. Pemberi nikmat kepada hambaNya dan Maha pengasih ke atas mereka dalam kehidupan dunia.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Rahman) sebanyak 100 kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu, insyaAllah akan hilang daripadanya sifat lalai dan pelupa.

b) Sesiapa yang membaca Ya Rahman sebanyak 100 kali selepas mengerjakan solat fardhu, insyaAllah dia mempunyai ingatan yang baik dan mempunyai hati yang pemurah.

3. Al-Muhaimin. Maha penjaga. Memerintah dan melindungi segala sesuatu.

a) Sesiapa yang membacanya sebanyak 145 kali selepas solat Isyak, insyaAllah akan kuat hafalan (ingatan)nya.

4. Ar-Razzaq. Maha pemberi rezeki. Menentukan bekalan rezeki serta menyediakan asbab-asbab (sumber-sumber) ianya akan diperoleh oleh makhluk-makhlukNya.

a) Sesiapa yang membaca Ya Razzaq 20 kali setiap hari, yakni dibaca pagi-pagi sebelum sarapan dan diwiridkannya selama 20 hari, insyaAllah dia akan diberi kefahaman yang mendalam dan sempruna dalam sesuatu perkara.

5. Al-Jalil. Maha luhur. Yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Jalil) 73 kali setiap pagi (pukul 2.30), insyaAllah usahanya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.

6. Al-Hakim. Maha bijaksana. Memiliki bijaksanaan dan kesempurnaan dalam mengatur serta membuat segala sesuatu.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Hakim) sebanyak 300 kali pada setiap hari, insyaAllah akal fikirannya akan menjadi cergas sehingga dia mudah menerima dan mengingati pelajaran.

7. Al-Qayyum. Maha berdiri sendiri. Zat Allah s.w.t. berdiri sendiri, begitu juga sifat dan perbuatanNya. Dia juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. Dan juga denganNya berdiri langit dan bumi.

a) Sesiapa yang selalu membaca (Ya Qayyum), insyaAllah dia akan terpelihara daripada sifat lupa dan lalai.

8. Al-Majid. Maha mulia. Allah s.w.t. bersifat agung, suci, mulia dan penuh kesempurnaan. Dia yang berhak untuk dipuji dan dimuliakan dan dihormati oleh sekelian penduduk langit dan bumi.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Majid) 400 kali setiap hari, terutama para pelajar, insyaAllah akan terang hatinya, tajam ingatannya dan tidak mudah lupa. Namum demikian pelajar tersebut mesti belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

9. Zul Jalali Wal Ikram. Maka memiliki kebesaran dan kemuliaan. Dia juga zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang banyak melimpah ruah.

a) Sesiapa yang selalu membaca (Ya Zal Jalali wal Ikram), insyaAllah dia akan mendapat kejayaan, jika dia sertakan dengan usaha yang gigih dan tekun.

10. Ar-Rasyid. Maha pemberi petunjuk. Memberi arahan dan tuntutan kepada seluruh hambaNya. Segala peraturanNya itu berjalan menurut ketentuan yang telah ditetapkanNya.

a) Untuk mencerdaskan fikiran. Sesiapa yang membaca (Ya Rashid) berulang-kali pada waktu pagi dan petang, insyaAllah bertambah cerdas fikirannya.
Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
1 Comments

1 comments:

  1. Tq so much kpd pemilik blogger ini..semoga kamu drahmati setiap kehidupan kamu dh dmurahkn rezeki dn sume urusan kamu dunia dn akhirat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...