Thursday, July 21, 2011

Peristiwa Dalam Bulan Islam

Views

MUHARAM


- Muharam telah di tetapkan sebgai bulan yang pertama dalam kalendar Islam oleh Sayyidina Umar al Khattab r.a atas cadangan Sayyidina Uthman bin Affan r.a pada tahun 16 Hijrah.
- Pengiriman surat kepada Raja-raja dan Pemerintah. Rasulullah S.A.W mengirim surat kepada Raja-raja pada zaman baginda pada tahun 7 Hijrah setelah pulang dari Perjanjian Hudaybiah. Baginda telah mengutuskan 6 lelaki kepada Raja Najasi, pemerintah Abyssinia (Eutopia), Kaisar pemerintah Rom, Kisra Anu Shirwan pemerintah Parsi, Muqawqas yang memerintah Qibti di Iskandariah Mesir, al Harith bin Abu Shamir al Ghassani raja Balqa' (di Syria) dan Hawadhah bin Ali al Hanafi dari al Yamamah.


SAFAR

- Rasulullah S.A.W berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid r.a. Kebenaran berperang kepada umat islam. Hadith dan riwayat dari para sahabat membuktikan bahawa permulaan dan penguatkuasaan perang berlaku setelah peristiwa Hijrah (dari Mekah ke Madinah).

RABI'UL AWAL


- Bulan Rasulullah S.A.W di lahirkan dan menerima wahyu pertama kenabian. Pada bulan ini juga berlaku peristiwa Israa' dan Mi'raj (dari Masjidil al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsa di Palestin). Ia juga bulan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah ke Madinah dan bulan kewafatan baginda.
- Ekspidisi tentera Safawan atau Peperangan Badar berlaku.
- Ekspidisi tentera Buwat berlaku pada bulan ke 13 selepas Hijrah.- Ekspidisi tentera Dawmat al Jandal berlaku pada tahun 5 Hijrah.- Ekspidisi tentera kepada Bani Lihyan bin Hudyl bin Mudrikah berlaku pada tahun 6 Hijrah.
- Bai'ah taat setia kepada Sayyidina Abu Bakar r.a sebagai khalifah Islam yang pertama pada 12 Rabi'ul Awal tahun 11 Hijrah.
- Abu Bakar r.a menghantar tentera di bawah pimpinan Usamah bion Zaid r.a menghadapi tentera Rom di Syam pada 11 Hijrah.
- Tanah al Hijrah di Iraq di tawan oleh Khalid bin al Walid r.a dan perjanjian di buat pada tahun 12 Hijrah.


RABI'UL AKHIR


- Ekspidisi tentera ke Najran berlaku pada tahun 3 Hirah.
- Ekspidisi tentera pimpinan Abu 'Ubadah ke Dzul Qassah pada tahun 6 Hijrah.
- Pengepungan Damsyik oleh tentera Islam pada tahun 14 Hijrah. Kepungan ini berlaku lebih kurang 70 malam di bawah pimpinan Abu "Ubadah dan Khalid bin al Walid r.a


JAMADIL AWAL


- Ekspidisi tentera al 'Usairah berlaku pada bulan ke 16 selepas Hijrah di mana Rasulullah S.A.W telah membuat perjanjian dengan Bani Muldij dan sekutunya Bani Dhamrah.
- Peperangan Dzat ar Riqa' berlaku pada tahun 2 Hijrah. Rasulullah S.A.W menuju ke Najd (kawasan Timur Arab) untuk menghadapi Bani Maharib dan Bani Tha'labah dari Ghatfan, namun tiada pertumpahan darah yang berlaku.
- Peperangan Mu'tah berlaku pada tahun 8 Hijrah. Mu'tah ialah satu tempat yang berhampiran dengan al Balqa' di Syam (negeri yang terdiri dari Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan).
- Peperangan Ajnadin berlaku pada tahun 15 Hijrah antara tentera Islam di bawah pimpinan Amru bin al 'As, Abu 'Ubadah dan Surahbil r.a dengan tentera Rom di bawah pimpinan al Qubuqlar. Tentera Rom dapat di kalahkan dan pemimpin mereka di bunuh.


JAMADIL AKHIR


- Ekspidisi tentera ke Dzul Qarad pada tahun 6 Hijrah. pada masa itu Rasulullah S.A.W telah melakukan solat Khauf (solat ketika takut).
- Penghantaran tentera Dzat as Salasil berlaku pada tahun ke 8 Hijrah.
- Abu Bakar as Siddiq r.a meninggal dunia pada hari Jumaat, 8 hari terakhir dalam bulan Jamadil Akhir, tahun 13 Hijrah. Pada ketika itu, beliau berusia 63 tahun. Zaman pemerintahannya sebagai khalifah berlangsung selama 2 tahun, 3 bulan dan 10 malam.
- Umar al Khattab r.a telah di beri sumpah kesetiaan (bai'ah) dan di angkat sebagai khalifah pada tahun 13 Hijrah.
- Peperangan Yarmuk berlaku di antara tentera Rom dan tentera Islam yang pada ketika itu di bawah Khalid al Walid r.a dan Abu 'Ubaidah r.a.
- Rombongan tentera pertahanan Islam di bawah pimpinan az Zubair bin al Awwam r.a, al Miqdad bin al Aswad r.a, Ubadah bin as Samit r.a dan Maslamah bin Mukhallad a.s tiba di Mesir.


REJAB


- Berlaku hijrah yang pertama ke Habsyah. Apabila tekanan ke atas orang-orang Islam di Mekah menjadi bertambah kejam, Allah telah membenarkan mereka untuk berhijrah ke Habsyah. Uthman bin Affan r.a adalah orang Islam pertama yang berhijrah. Para Mujahirin ini berhijrah ke Habsyah pada tahun ke 5 selepas kenabian Rasulullah S.A.W.
- Penghantaran tentera pimpinan Abdullah bin Jahsh al Asadi r.a ke Nakhlah berlaku pada bulan ke 17 selepas Hijrah. Ini adalah peperangan yang pertama di mana harta rampasan perang di ambil, satu perlima darinya telah di berikan kepada yang memerlukan, pembunuhan telah berlaku dan orang-orang Islam mengambil tawanan perang.
- Penghantaran tentera Tabuk berlaku pada tahun ke 9 selepas Hijrah. Ianya juga di panggil ekspidisi al 'Usrah (kesusahan).
- Rasulullah S.A.W telah mengumumkan tentang kemangkatan an Najasyi kepada orang-orang Islam dan Baginda telah menjadi imam kepada mereka ketika mengerjakan solat jenazah pada hari kemangkatanya.
- Damsyik telah di tawan oleh tentera Islam melalui perjanjian yang telah di buat. Abu 'Ubaidah dan Khalid bin al Walid r.a telah mengepung kota ini dari bulan Rabi'ul Akhir hingga Rejab.


SYAABAN


- Pada bulan ini kiblat (arah solat) telah di tukar dari Baitul Maqdis ke Kaabah, pada bulan yang ke 16 atau ke 17 selepas Hijrah. Ini adalah perkara pertama yang telah di batalkan dalam Syariah.
- Puasa Ramadhan telah di fardukan pada tahun ke 2 Hijrah.


RAMADHAN


- Dalam bulan ini, kitab suci al Quran telah di turunkan. Firman Allah,"Bulan Ramadhan yang padanya di turunkan al Quran." (Al-Baqarah:185). Dalam bulan ini jugalah ayat pertama dari al Quran telah diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. Ayat pertama ini di turunkan pada 17 Ramadhan. Khadijah r.a telah menerima Islam dan menjadi orang pertama yang beriman dengan apa yang di bawa oleh Nabi. Beliau juga wafat dalam bulan Ramadhan.
- Penghantaran tentera pimpinan Hamzah r.a dan lambang bendera perang yang pertama telah di pilih oleh Rasulullah S.A.W. Peristiwa ini berlaku pada bulan ke 7 selepas Hijrah.
- Zakat Fitrah (yang di berikan dalam bentuk makanan pada akhir Ramadhan) dan zakat ke atas harta telah di wajibkan dalam bulan Ramadhan. Solat hari raya juga telah di wajibkan dalam bulan ini. Kesemua peristiwa ini berlaku dalam tahun ke 2 Hijrah.
- Perintah supaya berjihad juga telah di turunkan dalam bulan ini tahun ke 2 Hijrah.- Perang Badar telah berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah.
- Hari ini di sebut di dalam al Quran sebagai Hari Pemisah antara yang hak dan yang batil (Yaum al Furqan). Mekah telah di tawan pada 10 Ramadhan, tahun ke 8 Hijrah.
- Delegasi Thaqif telah menerima Islam pada tahun ke 9 Hijrah.
- Fatimah r.a, puteri Rasulullah S.A.W telah wafat pada tahun ke 11 Hijrah.
- Ummul Mukminin, Aisyah r.a telah wafat pada tahun ke 58 Hijrah.


SYAWAL


- Bulan pertama di antara bulan-bulan haji iaitu Syawal, Zulkaedah dan 9 hari pertama dari bulan Zulhijjah.
- Penghantaran tentera Batan Rabigh berlaku di bawah pimpinan 'Ubaidah bin al Harith r.a.
- Abdullah bin az Zubair telah di lahirkan pada tahun pertama yang di lahirkan selepas hijrah ke Madinah.- Perkahwinan Rasulullah S.A.W dengan Ummul Mukminin Aisyah r.a.
- Penghantaran tentera Bani Sulaim di al Kudr dalam tahun ke 2 Hijrah.- Penghantaran tentera Bani Qunaiqa' berlaku pada tahun ke 2 Hijrah. Bani Qunaiqa' merupakan puak Yahudi Madinah yang pertama terlibat dalam peperangan menentang Rasulullah S.A.W.
- Perang Uhud berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke 3 Hijrah. Perang Hamra' al Asad berlaku sejurus selepas Perang Uhud.
- Perang Khandak (parit/terusan) atau Ahzab berlaku pada tahun ke 5 Hijrah.
- Perang Hunain berlaku pada tahun ke 8 Hijrah selepas penawanan Mekah.
- Penghantaran tentera Thaif berlaku pada tahun ke 8 Hijrah selepas Perang Hunain. Rasulullah S.A.W telah menyerang Kota Thaif untuk memerangi orang-orang Musyrikin yang telah melarikan diri semasa Perang Hunain


ZULKAEDAH


- Rasulullah S.A.W telah memperkenalkan dirinya semasa musim haji dan Baginda telah mengadakan pertemuan sulit dengan 6 orang daripada kaum al Khazraj di al Aqabah. Peristiwa ini berlaku 11 tahun selepas kenabian Baginda.
- Penghantaran tentera menentang puak Yahudi dari Bani Quraizah berlaku pada tahun ke 5 Hijrah.
- Perjanjian al Hudaibiyah berlaku pada tahun ke 6 Hijrah.- Abu Musa al Asy'ari r.a dan Muaz bin Jabal r.a telah di hantar ke Yaman dalam bulan Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah.
- Kesemua umrah Nabi berlaku dalam bulan ini kecuali umrah yang Baginda kerjakan semasa melakukan Haji.
- Rasulullah S.A.W telah mengerjakan Haji Perpisahan (Hajjat al Wada').
- Kota Hims dan Ba'labak telah jatuh ke tangan Abu 'Ubaidah melalui perjanjian pada tahun ke 14 Hijrah.
- Muawiyah bin Abusufyan telah di berikan sumpah kesetiaan dan di angkat sebagai khalifah pada tahun ke 37 Hijrah


ZULHIJJAH


- Rasulullah S.A.W membuat lawatan kali ke dua ke Syam.
- Perjanjian (bai'ah) Aqabah ke 2 berlaku pada tahun ke 13 selepas kenabian Muhammad S.A.W.
- Ekspidisi tentera Sawiq berlaku pada tahun ke 2 Hijrah.
- Rasulullah S.A.W telah menyerang Bani Quraizah pada tahun ke 5 Hijrah.Lahirnya Ibrahim, puteri Rasulullah S.A.W pada tahun ke 8 Hijrah. Ibunya adalah Mariya al Qibtiyah.
- Rombongan Haji khalifah Abu Bakar a.s bersama dengan pengikut-pengikutnya pada tahun ke 12 Hijrah.
- Perang Dathin berdekatan Gazza berdekatan Gazza di sempadan Palestin. Ini adalah peperangan pertama antara orang Islam dengan tentera Rom. Perang ini berlaku pada tahun ke 12 Hijrah.
- Amirul Mukminin, Umar bin al Khattab r.a telah di bunuh. Beliau telah di tikam oleh Abu Lu'Lu'ah al Majusi pada 25 Zulhijjah, tahun ke 23 Hijrah.
- Uthman bin Affan r.a telah di pilih sebagai khalifah. Amirul Mukminin, Uthman bin Affan a.s telah di bunuh pada hari Jumaat, 18 Zulhijjah, tahun ke 35 Hijrah.
- Ali bin Abu Talib a.s telah di berikan sumpah kesetiaan (bai'ah) sebagai khalifah pada 25 Zulhijjah, tahun ke 35 Hijrah



Terima kasih membaca entry hafiz

Thursday, July 14, 2011

Maksud Bulan Islam Mengikut Kalendar Hijrah

Views setiap nama mesti ada maksud tersendirikan..seperti juga nama bulan di kalendar...mempunyai maksud tersendiri...cuma kita xamik tau pun pasal ni...saya pun baru...okay..kita cerita tentang maksud bulan di kalendar hijrah.


Muharram
ertinya yang diharamkan atau dipantangkan kerana dalam bulan ini dilarang menumpahkan darah. larangan terus berjalan samapi datangnya permulaan Islam yang telah membatalkannya

Safar
ertinya kosong atau kuning. dalam bulan ini semua lelaki bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah samada berperang, berniaga, mengembara dan sebagainya.

Rabiulawal
ertinya penetapan pertama. dalam bulan ini semua lelaki yang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumah masing-masing. boleh juga dipanggil bulan pertama musim bunga

Rabiulakhir
ertinya penetapan akhir. dalam bulan ini semua lelaki yang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumah masing-masing. boleh juga dipanggil bulan kedua musim bunga

Jamadilawal
ertinya kering atau beku. dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air, parit, sumur, sungai, lembah dan tasik menjadi kering

Jamadilakhir
ertimya penghabisan atau kering yang penghabisan. dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air yang penghabisan atau yang terakhir.

Rejab
ertinya mulia, orang Arab zaman dahulu memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu :-
1) Tanggal 1 Rejab mereka akan menyembelih anak unta sebagai tanda pengorbanan
2) Tanggal 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu Kaabah siang danmalam supaya dapat beribadat sepuas-puasnya.
3) Tanggal 10 Rejab mereka akan kembali menyembelih korban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan Islam.
4) Diharamkan berperang tetapi selepas kedatangan Islam larangan ini juga telah dibatalkan.

Syaaban
ertinya berserak-serak. Dalam bulan ini orang Arab zaman dahuku akan berserak ke lembah, tasik, sungai dan sbgnya untuk mencari air disebabkan oleh kekeringan. Dinamakan juga berserak untuk mencari kebajikan.

Ramadhan
ertinya panas terik atau terbakar. Cuaca dalam bulan ini diJazirah Arab sangat panas dan terik sehinggakan sesiapa yang berjalan kaki tanpa memakai alas pasti kakinya akan melecur.

Syawal
ertinya naik. Dalam bulan ini bila orang Arab menaiki unta dan ini membuatkan ekor unta tersebut menegak sedangkan dalam bulan ini tidaklah berlaku sedemikian.

Zulkaedah 
ertinya yang empunya duduk. Dalam bulan ini semua orang lelaki akan menetap di rumah masing-masing tiada yang keluar bermusafir atau mengembara.

Zulhijjah
ertinya yang empunya haji. Dalam bulan ini semua umat manusia akan keluar menunaikan ibadah haji bermuka dari zaman Nabi Adam sehinggalah sekarang.




Terima kasih membaca entry hafiz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...