Thursday, June 23, 2011

Sejarah Solat Lima Waktu

Views
Umat Nabi Muhammad s.a.w. telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari berbanding umat nabi-nabi yang lain. 



SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakkat

Rakaat pertama : tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : tanda syukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s. sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama : tanda syukur bagi penebusan
Rakaat kedua : tanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat ketiga : tanda bersyukur dan memohon aka keredhaan Allah s.w.t.
Rakkat keempat : tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tabusan kibas

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t. dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah s.w.t. daripada 4 kegelapan iaitu :

Rakaat pertama : kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : kelam dengan malam
Rakaat keempat : kelam dengan perut ikan Nun

MAGHRIB

Manusia pertma yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t. dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa a.s., lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu :

Rakaat pertama : untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah s.w.t. yang Maha ESA
Rakaat kedua : untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang
Rakaat ketiga : untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah s.w.t. semata-mata, tiada duaatau tiganya

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah s.w.t. menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur

Rakaat pertama : tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat ketiga : tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat keempat : tanda dukacita terhadap anak Firaun

Terima kasih membaca entry hafiz

Friday, June 17, 2011

Maksud hari dan peristiwanya...

Views Sahabat-sahabat nabi SAW telah bertanya akan makna hari-hari yang tujuh ini, sabda baginda:



Hari Ahad


Adalah hari yang baik untuk bertanam dan melakukan pembinaan kerana pada hari itu Allah SWT telah memciptakan dunia dan membangunkannya.

Peristiwa :-


1. Penciptaan tempat jalan bintang-bintang
2. Penciptaan bintang-bintang yang bergerak
3. Penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat
4. Penciptaan tujuh lapis bumi
5. Penciptaan tujuh lautan yang terbesar
6. Penciptaan tujuh anggota tubuh manusia
7. Penciptaan tujuh hari dalam seminggu

Hari Isnin

Adalah hari yang baik untuk bermusafir dan berniaga kerana pada hati itu Nabi Syith telah bermusafir dalam urusan perniagaan dan pada hari Isnin beliau telah mendapat keuntungan yang banyak dalam perniagaannya.

Peristiwa :-


1. Nabi Idris a.s. naik ke langit
2. Nabi Musa a.s. pergi ke Gua Thursina
3. Turunnya dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah SWT
4. Lahirnya Rasulullah SAW
5. Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW
6. Semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW
7. Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin

Hari Selasa

Hari Selasa adalah hari berdarah kerana pada hari itu Siti Hawa mula berhaid,dan pada hari itu juga mula-mula berlakunya pembunuhan di bumi ini iaitu antara anak Nabi Adam AS,Qabil membunuh Habil.

Peristiwa :-


1. Jurjais a.s dibunuh
2. Wafatnya Nabi Yahya a.s.
3. Wafatnya Nabi Zakaria a.s.
4. Meninggalkan tukang sihir Firaun
5. Meninggalnya Asiah isteri Firaun
6. Sapi Bani Israil disembelih
7. Meninggalnya Habil putera Adam a.s.

Hari Rabu

Adalah hari kebinasaan yang berkekalan kerana pada hari itu Allah SWT telah menenggelamkan Firaun bersama kaumnya.Kaum nabi Saleh AS iatu kaum Samud dan kaum 'Ad juga telah dibinasakan Allah SWT pada hari Rabu.

Peristiwa :-


1. Kehancuran Auj bin Unuq
2. Kehancuran Qarun
3. Kehancuran Firaun
4. Kebinasaan Namruz bin Kan'an
5. Kehancuran Syadad bin 'Aad
6. Kehancuran kaum Saleh a.s
7. Kebinasaan kaum Hud

Hari Khamis

Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekelian hajat,bahawasanya pada hari itu Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir,maka raja Mesir telah menunaikan hajat nabi Ibrahim AS dan mengembalikan isteri beliau Siti Sarah.

Peristiwa :-


1. Nabi Ibrahim a.s menghadap Raja Mesir
2. Tukang memberi minum Raja Mesri memperolehi kebebasan
3. Saudara-saudara Yusuf a.s menemuinya
4. Ya'akub datang ke Mesir
5. Bunyamin datang ke Kota Mekah
6. Nabi Musa masuk ke Mesir
7. Rasulullah SAW masuk ke Kota Mekah

Hari Jumaat

Hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

Peristiwa :-


1. Pernikahan antara Nabi Adam a.s dengan Siti Hawa
2. Pernikahan antara Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dengan Shafrawa
4. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aisyah
7. Pernikahan antara Sayyidina Ali a.s dengan Siti Fatimah

Hari Sabtu

Adalah dinamakan hari tipu daya, kerana pada hari itu orang kafir Quraisy telah melakukan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

Peristiwa :-


1. Tipu daya kaum Nuh terhadap Nabi Nuh a.s
2. Tipu daya kaum Saleh a.s terhadap unta Nabi Saleh a.s
3. Tipu daya saudara-saudara Yusof terhadap Nabi Yusof a.s
4. Tipu daya Firaun terhadap Nabi Musa a.s
5. Tipu daya kaum Quraisy terhadap Rasulullah SAW
7. Tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT



Terima kasih membaca entry hafiz

Thursday, June 9, 2011

Maksud hari dalam kalendar kita

Views mesti ramai yang xpasti maksud nama sebenar hari yang kita selalu sebut kan..di sini saya post untuk pembelajaran kita..



Sunday
berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari 

Monday
berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan. 

Tuesday
berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’. 

Wednesday
berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom. 

Thursday 
berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’

Friday 
berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’ 

Saturday
berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi. 

Terima kasih membaca entry hafiz

Maksud bulan di kalendar

Views ramai yang tidak menyedari maksud bulan di kalendar...moga kita belajar tentang ini...kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan...mari kita baca tentang ini...



Januari
berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. 
Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.

 Februari
berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. 
Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di 
kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.

Mac 
berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.

April 
berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. 
Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. 
Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).

Mei 
berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.

Jun 
--> berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.

Julai 
berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

Ogos 
berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. 
Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.

September 
berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. 
Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

Oktober 
berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh

November 
berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

Disember 
berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi 
kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Terima kasih membaca entry hafiz

Wednesday, June 1, 2011

10 Stesyen Keretapi Terbaik Di Dunia siri 2

Views 6. Southern Cross Station (Australia)

Southern Cross Station merupakan stesyen keretapi dan pengangkutan awam terbesar di Australia. Southern Cross Station diubah dari konsortium Civic Nexus dengan lakaran oleh arkitek Grimshaw dengan gabungan bumbung beralun seperti ombak. Ianya terletak di Jalan Spencer berdekatan Jalan Collins and La Trobe di penjuru barat di kawasan tengah perniagaan. Terdapat banyak gerai dan warung. Stesyen ini merupakan stesyen keretapi ketiga tersibuk di Melbourne. Ini kerana terminal keretapi di bawah gerai-gerai yang sedai ada dan ianya juga mengendalikan perkhidmatan Skybus Super ke lapangan terbang Melbourne.


7. Madrid Atocha (Sepanyol)

Stesyen keretapi terbesar di Madrid. Perkhidmatan antara bandar dan daerah daripada selatan, dan keretapi berkelajuan tinggi dari Barcelona terus menuju ke stesyen ini. Arkitek dari Sepanyal Rafael Maneo membuat lakaran taman dan gerai-gerai yang sangta cantik. Ianya juga mempunyai kelab malam. Servis keretapi ini dibawah syarikat Renfe dari Sepanyol.


8. Chhatrapati Shivaji Terminus (India)

Merupakan bangunan teragung di India, Chhatrapati Shivaji Terminus terletak di Mumbai. Bangunan ini dibuat ketika era British, dan perpaduan sempurna serta ketradisonalnya dari arkitek India. Stesyen di terletak di pinggir kota dan laluan keretapi terpanjang dari stesyen ini. Dibuka pada 1887, di bawah kendalin Central Railways. UNESCO mengumumkan bahawa stesyen ini menjadi sebahagian dari warisan dunia. Direka oleh arkitek Frederick William Stevens, beliau mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan tapak bangunan ini. Nama awal stesyen ini ialah Victoria Terminus sempana nama Queen Victoria.



9. Stesyen Utama Antwerp (Belgium)

Stesyen Utama Antwerp merupakan salah satu stesyen terbaik di dunia. Keretapi katedral dibina pada 1895 hingga 1905. Kompleks keretapi ini mempunyai keluasan 400 meter, mempunyai 2 pintu masuk, bahagian bersejarah terletak di puntu masuk Astrid dan bahagian moden terletak di Kievit. Mempunyai gerai-gerai dan muzium permata dengan mempunyai 30 jenis kedai permata serat dilihat sebagai syurga membeli permata. Sementara bangunan utama direka oleh arkitek L. Delacenserie, bahagian kubah kaca yang besar pula direka oleh arkitek J Van Asperen.


10. Stesyen St. Pancras (UK)

Direka oleh Gilbert Scott,. Stesyen St. Pancras terletak di London. Mempunyai 243 kaki lebar dan 600 kaki panjang. Stesyen Keretapi Antarabangsa St. Pancras merupakan stesyen utama kepada Eurostar untuk servis kepada Brussels dan Paris. Stesyen ini mempunyai bar, gerai dan restoran dan cafe terpanjang di Eropah. Salah satu bangunan Victoria termasyur di London, stesyen ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang terbaik. Ia juga tempat terbaik untuk membuat filem, pengambaran serta menjadi tuan rumah pelbagai acara. Hotel Renaissance St. Pancras merupakan hotel romantik terbaik di London. Memiliki logam Gothic Revival, syiling daun emas, lukisan dinding yang diperbuat daripada tangan dan tangga yang luar biasa. Semua itu direka oleh Sir George Gilbert Scott untuk menerima pelancong dari stesyen antarabangsa St. Pancras.







Terima kasih membaca entry hafiz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...