Sunday, May 20, 2012

Jom rawat lidah yang suka mencaci

Views


Perbuatan mencaci atau menyakiti hati seseorang Muslim adalah termasuk dosa besar dalam Islam kerana ia boleh menjejaskan nama baik atau maruah orang yang dimaki atau disakiti hatinya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji.”
Jom rawat lidah:

1)      Latihkan diri dengan berkata-kata dan berbual dengan perkataan yang baik-baik, lemah lembut dan mesra.

2)      Latihkan diri dengan menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk, merendah-rendahkan sesama Muslim.

3)      Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesama rakan yang baik, juga berdampingan dengan orang yang tinggi ilmu agamanya.

4)      Latihkan diri dengan mengelak daripada bersikap suka bermusuh, suka mengumpat, suka bertengkar.

5)      Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain jika tersilap atau berbuat salah.

6)      Latihkan diri dengan mengamalkan sikap berbaik sangka dan menolak buruk sangka terhadap orang lain.

7)      Latihkan diri dengan mengamalkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.


Terima kasih membaca entry hafiz

Tuesday, May 15, 2012

Luahan hati seorang bayi

Views


Wahai ibuku! Mengapa kau tidak membesarkan aku dengan tanganmu sendiri? Patutkah aku diperlakukan sebegini sedangkan saat aku hendak diturunkan ke dunia aku telah bertanya kepada Allah s.w.t.: “Ya Allah, para malaikat di sini berkata bahawa esok Engkau akan hantarkan aku ke dunia, tetapi Ya Allah, bagaimana cara untuk aku hidup di sana, sedangkan aku kecil dan lemah?”

Jawab Allah s.w.t.: “Aku akan menghadiahkan seorang malaikat kepadamu, dia akan menjaga dan menyayangimu.” Aku bertanya lagi, “Tetapi Ya Allah, aku sangat bahagia dengan keadaan aku di dalam syurga. Aku sangat bahagia dapat menyanyi dan tertawa di dalam syurga.” Allah s.w.t. menjawab: “Malaikat yang menjagamu akan selalu membuat kamu tersenyum dan tertawa setiap masa.” Aku bertanya lagi, “Bagaimana caranya jika aku ingin mengadu sesuatu kepada-Mu?”

Allah s.w.t. menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan kamu bagaimana untuk berdoa.” Aku bertanya, “Tetapi di dunia ada ramai orang jahat.” Allah s.w.t. menjawab: “Malaikatmu akan selalu melindungimu bahkan sanggup mengorbankan dirinya untukmu.” Aku bertanya lagi, “Tetapi aku tetap akan bersedih kerana aku tidak akan dapat melihat-Mu lagi Ya Allah!” Jawab Allah s.w.t.: “Malaikatmu akan mengajarkan kamu amalan-amalan untuk kamu kembali kepada-Ku walaupun sesungguhnya Aku selalu berada di sisimu.”
Ketika itu syurga begitu tenang dan sunyi sehingga terdengar rintihan dari bumi dan dengan sayunya aku bertanya lagi, “Ya Allah, kalau aku ditakdirkan untuk dihantarkan ke dunia sekarang, beritahulah kepadaku siapakan gerangan malaikat yang kamu maksudkan itu.” Allah s.w.t. menjawab: “Malaikatmu ialah manusia yang bernama IBU.”

Wahai ibuku! Kamu digelar malaikat oleh Allah s.w.t. kerana kamu seorang penjaga. Jadi patutkah kamu melakukan sedemikian rupa padaku? Mengapa diriku yang dipersalahkan, sedangkan kesalahan itu adalah perbuatanmu? Wahai ibuku! Aku sangat menyayangi kamu.

Patutkan kita menghukum anak itu dengan perbuatan kita sedangkan dia adalah anugerah Allah s.w.t. kepada kita dan juga satu ujian untuk kita sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anfal, ayat 28, “Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar.”



Terima kasih membaca entry hafiz

Monday, May 14, 2012

Wanita Tua Pembela Kucing

Views



Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji.


Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.


Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.


Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.


Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.


Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.


Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.


Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.


Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.


Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.


Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.


Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.


Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.


Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.


Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..


Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.


Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.


Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.


Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin.


Terima kasih membaca entry hafiz

Thursday, May 3, 2012

Dinamika Sebuah Sabar

Views


Jangan buat semak

Seorang isteri bercekak pinggang melihat anak kecilnya membuat sepah di ruang tamu, dia menjerit: “Sudah! Cepat kemas balik!” Anak perempuan kecil itu tergamam, tidak  mengerti kenapa dirinya dimarahi. Suaminya keluar dari bilik sebaik mendengar jeritan isteri. Dengan senyuman, dia menghampiri isteri dan bertanya: “Kenapa?” Jawab isteri, dia berang kerana rumah bersepah.

“Sabar sayang,” tegur suami lembut.

“Ini tengah sabar, kalau tidak sabar……sudah tentu saya cubit anak ini,” balas isteri.

Suami mengangguk, dia menggosok belakang isterinya. “Sabar itu bukan menahan marah semata-mata, sabar itu termasuk berfikir mencari jalan keluar terbaik daripada sesuatu masalah,” ujar suaminya.

Si isteri mencebik lalu berkata: “Abang cakap senang, cuba abang buat.”

Si suami melirik senyuman dan mendekati anak kecilnya sambil berkata: “Mari, kita bermain kutip barang. Abi kutip satu, kakak kutip satu. Siapa banyak kutip, dia dapat pahala. Mari!” ajak si bapa.

Anaknya berasa hairan dengan karenah si bapa. Bapanya tidak menunggu, dia mengutip mainan satu demi satu dengan gembira. Si anak mula tersengih, dia terhibur melihat si bapa mengutip mainan dan menyimpan ke dalam bekas. Akhirnya dia turut menyimpan barang mainan itu ke dalam bekasnya walaupun dia tidak mengerti apa tujuan berbuat begitu. Si suami memandang isteri dan berkata: “Anak tidak suka dipaksa, dia suak diajak bermain sama-sama.”

Jom main hujan

Suatu hari, bapa yang sama pulang daripada bekerja. Kebetulan anak perempuannya belum mandi. Bajunya kotor dan wajahnya bersempudal kerana memakan aiskrim. Bapanya menggeleng kepala sambil memberi arahan: “Cepat mandi! Pergi masuk tandas!” suaranya tinggi.

Anak yang baru pandai bercakap itu menjawab: “Tak nak! Tak mahu mandi!”

“Nanti abi pukul!” ugut si bapa. Anak berdegil. Isterinya muncul dengan senyuman.

“Abang….ingat lagi pesanan abang? Anak tidak suka dipaksa tetapi dia suka diajak bermain sama-sama.”

Ibu menghampiri si anak. Sambil menggosok kepalanya, ibu tersebut memujuk: “Kakak, mari kita main air hujan. Lepas itu kita main sabun. Ada buih-buih dan belon. Mesti seronok. Mari ikut umi mandi.”
Ibunya tersenyum manis. Si anak termangu melihat wajah ibu. “Kalau kakak mandi dengan umi, nanti tubuh kakak bau harum. Wangi sangat. Mesti Nampak comel macam puteri. Allah dan Rasul pasti saying kakak sebab kakak comel!” pujuk ibunya lagi sambil berjalan ke bilik mandi.

Si anak segera berubah menjadi ceria: “Nak mandi dengan umi!” Dia berlari mengikuti ibunya.

Jadi, apa pandangan awak tentang cerita ini?? comel bukan anaknya...hehe...

Terima kasih membaca entry hafiz

Tuesday, May 1, 2012

Mainan Yahudi

Views

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul.

"Sedarkah anda kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi??"


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. 
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. 

Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: 
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil". 

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita? 

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini. 

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 

Para zionis ini juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola… 

Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. 
Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. 

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas


Terima kasih membaca entry hafiz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...