Monday, April 2, 2012

Yahudi dan Islam

Views


Yahudi sebenarnya bukan seperti agama lain. Yahudi itu agama dan keturunan. Itulah yahudi yang asal. Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Tidak mungkin ALLAH SWT menghukum ciptaan-Nya, yang bukan pilihan makhluk yang dicipta itu. Keturunan bukan pilihan seseorang. Juga, Islam tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi serta menghukum hanya kerana perbezaan agama. Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka. Maka, permusuhan umat Islam dan Yahudi pada hari ini juga sepatutnya atas isu kekejaman mereka di Palestin. Sesiapa dalam kalangan Yahudi yang tidak terlibat, maka dia tidak dimusuhi.

Dalam sejarah Nabi; Baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Saffiyah binti Huyai. Sahabat Nabi yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi. Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit. Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan al-Quran dalam surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikategorikan sebagai Ahlul Kitab.

Maka, seseorang Yahudi ataupun Negara Yahudi kerana permusuhan mereka. Sementara Yahudi di tempat lain yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, tidak wajar dimusuhi. Emosi tidak membolehkan menghukum yang tidak bersalah, dan juga tidak boleh membiarkan kezaliman ke atas yang pihak lain. Firman ALLAH: “ALLAH tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya ALLAH hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka, mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

Juga kita perlu tahu, al-Quran menyatakan bahawa kecenderungan Yahudi dan penyembah berhala memusuhi Islam lebih besar dibandingkan orang Kristian. Orang Kristian disifatkan lebih lunak kepada orang Islam dibandingkan Yahudi dan Musyrikin. Firman ALLAH: “Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong” (Surah al-Maidah: 82)

Pun begitu, Islam hanya bertindak apabila terbukti. Sesiapa yang tidak menzahirkan tindakan permusuhan maka dia tidak memusuhi sekalipun dia Yahudi. Dalam sejarah yahudi, The Golden age of Judaism itu di Sepanyol ketika di bawah pemerintahan umat Islam. Sedangkan di Eropah pada masa dahulu, Kristian sering memandang buruk dan jahat terhadap Yahudi disebabkan perangai mereka. Sebab itu mereka terpaksa hidup di sebalik tembok ghetto. Rekod Yahudi yang buruk itu menjadikan mereka sering dimusuhi di serata tempat dan Hitler itu hanya salah satu manifestasi kebencian itu. Namun, Islam yang tuhan hanya menghukum berdasarkan kesalahan yang dizahirkan.

Sumber: Sinar Harian 



Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...