Monday, April 2, 2012

BOSNIA: Lukanya belum sembuh - bahagian 2

Views

Adakan pungutan suara

Jeneral Josip Tito yang menjadi pejuang negara berkecuali berpura-pura menunjukkan kepada tetamu luar negara kebebasan kepada penganut Islam dengan mendirikan masjid besar di bandar Belgrade, ibu negara Yugoslavia.

Padahal amalannya menindas dengan kejam terhadap kaum Bosnia yang menganut Islam di seluruh negaranya. Apabila tamatnya era komunis selepas kematianTito, Yugoslavia turut berkecai. Masing-masing kaum berpisah menjadi negara merdeka. Bagi kaum Serb dan Croat boleh menubuhkan negara merdeka masing-masing. Namum kaum Bosnia penganut Islam tidak diizinkan. Keadaan lebih mengganas berlaku terhadap umat Islam.

Walaupun mereka juga mahu mengadakan pengutan suara secara demokrasi, tetapi tidak diiktiraf oleh negara Barat yang mendukung dan melaungkan demokrasi dan hak asasi manusia secara terhadap penganut Islam.
Muslimin Bosnia dibelasah secara terbuka di hadapan tentera antarabangsa dari Barat. Apabila keadaan tidak mampu ditutup rahsianya, tentera daripada beberapa Negara umat Islam termasuk daripada Malaysia diizinkan memasuki Bosnia Herzegovina di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Maka dapatlah sedikit bantuan daripada umat Islam yang bersimpati.

Dengan sedikit bantuan dan keimanan kental kerana mereka mara sedikit kehadapan dan menunjukkan tanda kemampuan mempertahankan diri. Maka datanglah bantuan Pertubuhan Perjanjian Atlatik Utara (NATO) yang membisu sebelumnya. Lalu dimeteraikan perjanjian Dayton dengan dihentikan peperangan dan penubuhan negara  Bosnia Herzegovina yang berkongsi kuasa agak unik dengan kaum Serb dan Croat yang sudah ada negara bagi mereka, tanpa hak sepenuhnya berdaulat bagi umat Islam bangsa Bosnia.

Apa yang paling menarik perhatian juga ialah banyak masjid menjadi mangsa serangan, sedangkan gereja tidak diserang. Ini kerana ia dilarang oleh agama Islam, juga menunjukkan betapa kaum Bosnia yang menganut Islam it uterus berpegang dengan ajaran agamanya, walaupun dalam keadaan yang tertekan.
Pemimpin utama Bosnia bernama Ali Ezzat yang pernah ditahan dalam tempoh yang lama kerana hasil pemikirannya yang dibukukan bertajuk ‘Islam di antara Timur dan Barat’ menjelaskan perbezaan antara ‘religion’ (agama mengikut mafhum Barat) dan idealogi ciptaan manusia bagi urusan cara hidup, dengan Islam sebagai Al Din yang lebih luas daripada makna agama dan ideologi.

Pendedahan kemelesetan ideology sebelum berkecainya komunisme yang menolak agama dan ideologi lain yang memisahkan agama daripadanya dan agama yang tidak ada petunjuk dalam urusan cara hidup. Penulisannya yang tajam menembusi tabir besi komunis walaupun jasadnya dipenjarakan. Walaupun Barat berdegil untuk menghalang perjuangannya yang ditulis untuk dilaksanakan bagi menyelamatkan umatnya dan manusia sejagat.

Kisah kerajaan Yahudi di Najrah yang membunuh mereka yang beriman kepada ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. berlaku sebelum kelahiran Nabi akhir zaman Muhammad s.a.w. yang termasuk dalam Rukun Iman bagi penganut Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...