Sunday, April 15, 2012

Kuasa Ilusi

Views


Beberapa lama dahulu saya menziarahi rakan saya, Sara. Sambil duduk di ruang tamu, saya menikmati keindahan wallpaper yang menghiasi dinding rumahnya. Saya pun menceritakan betapa sukarnya saya cuba memasang wallpaper di rumah saya sendiri.

Saya mengeluh, “Susah betul mahu selarikan corak di keempat-empat belah dinding. Hujungnya mesti tidak sama, dan tidak secantik kamu punya. Apa salah saya, ya? Bagaimana kamu dapat buat begitu cantik?”
Sara diam sahaja mendengar rintihan saya. Saya perasan seulas senyuman mula terbentuk di bibir beliau, dan terfikir sama ada beliau sedang mentertawakan saya dalam hati. Beliau ada melihat hasil kerja tangan saya. Mungkin beliau sendang mentertawakan hasil kerja saya yang begitu buruk.

“Donna,” kata beliau perlahan. ”Semua itu ilusi semata-mata. Itu semua tidak penting. Cuba lihat betul-betul wallpaper saya. Tengok hujung sana. Kamu nampak, bukan? Hujung wallpaper saya pun tidak selari juga. Kamu ada perasan tadi?”

Saya menggelengkan kepala perlahan-lahan sambil melihat betul-betul semua cacat cela hasil tangan rakan baik saya ini. Sambung beliau, “Kamu masuk ke rumah saya dan melihat ilusi sebuah rumah yang cantik. Kamu tidak perasan cacat celanya. Tetapi kamu sendiri yang pasang wallpaper di rumah kamu. Pasti kamu tahu di mana ada kesilapan dan tempat-tempat ia tidak bertemu. Kamu mahu rumah yang sempurna, jadi kamu memang mencari-cari setiap kesalahan. Orang lain pasti tidak Nampak kecacatan-kecacatan kecil ini. Seperti mana kamu tidak nampak cacat cela rumah saya tadi.” Ketika meninggalkan rumah beliau hari itu, saya tidak nafikan yang kata-kata beliau itu tepat sekali. Sekembalinya saya ke rumah, saya mula melihat rumah saya sendiri dengan mata yang kurang kritikal berbanding dahulu.

Tetapi lama-kelamaan saya mula melupakan pengajaran yang saya dapat daripada Sara, dan kembali kepada sikap saya yang dahulu. Sehingga pada suatu hari, seorang anak perempuan saya mengambil keputusan mahu mengadakan majlis perkahwinannya di laman belakang rumah saya. Sudah bertahun-tahun lamanya saya menanam, mencabut,  menyiram, membaja, merapikan dan menjaga pelbagai jenis pokok bunga di laman belakang rumah saya. Semuanya dengan harapan supaya setidak-tidaknya seorang daripada anak saya akan mengadakan majlis perkahwinannya di situ. Akhirnya pada hari yang ditunggu-tunggu tiba. Saya bersemangat menana, beberapa pohon bunga berwarna kuning dan lavender, sesuai dengan skema warna baju pengantin pilihan anak saya.

Segala-galanya berjalan lancer sehingga musim hujan melanda. Rumah kami berada di tengah-tengah Colorado yang terkenal dengan guruhnya, tetapi tiba-tiba tuhan menurunkan hujan pula. Hari demi hari hujan turun. Rumput di laman saya diserang sejenis fungus. Pokok semalu dan lalang tumbuh mekar dengan hujan yang turun setiap hari itu. Hujan pula tidak berhenti-henti, sehinggakan saya tidak diberi masa bagi mencabut lalang. Cuaca diramalkan akan cerah pada hari perkahwinan anak saya, tetapi bagaimana saya mahu siapkan laman saya sebelum majlis itu?

Beberapa hari sebelum perkahwinannya, saya sudah mula panik. Langit diramalkan cerah beberapa jam sebelum hujan lebat turun semula petang nanti. Saya bergegas bercangkung di dalam lumpur mencabut rumput secepat mungkin. Tiba-tiba dahan sepohon pokok menyapu lembut bahu saya, dan dalam angin yang bertiup lembut itu saya teringat suara Sara, “Donna, semuanya ilusi semata-mata. Butiran-butiran kecil itu semuanya tidak penting.”

Dan sekali lagi saya sedar apa yang beliau katakana itu benar. Saya melihat sekeliling sekali lagi, dan baru sedar. Hujan yang turun setiap hari memang menyebabkan lalang dan cendawan tumbuh. Tetapi hujan juga member rahmat dan menyebabkan semua pokok bunga saya tumbuh segar. Kesemua bunga di laman saya tumbuh mekar dan indah. Rumputnya pula berwarna hijau pekat seperti batu zamrud.

Pada hari majlis perkahwinan diadakan, anak perempuan saya kelihatan begitu cantik seperti sedang berjalan di taman kayangan. Laman belakang rumah saya itu mencetuskan ilusi keindahan dan ketenangan. Tiada siapa yang perasan lalang dan cendawan yang tumbuh di sana sini. Taman itu menjadi latar belakang kepada satu acara yang indah dan tidak dapat dilupakan. Itu yang orang lihat, dan akan orang ingat. Bukannya butiran-butiran kecil seperti laman lalang dan cendawan.

Majlis anak saya berjalan dengan lancer. Ia tidak begitu sempurna, tetapi sekurang-kurangnya membina ilusi sebuah acara perkahwinan ala fairy-tale di taman kayangan. Nasihat rakan baik saya, Sara, tidak mungkin saya lupakan lagi. Segala-galanya sebuah ilusi semata-mata. Butiran-butiran kecilnya tidak penting.

Sumber: DONNA MILLIGAB MEADOWS

Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...