Monday, April 2, 2012

BOSNIA: Lukanya belum sembuh

Views


Islam melalui perdagangan

Kaum Bosnia berperang kepada mazhab Bogomil, kuam Serb bermazhab Ortodoks dan kaum Croat bermazhab Katolik.

Kedatangan Islam di rantau Balkan itu sangat unik, apabila diterima oleh bangsa Bosnia, raja dan rakyat seluruhnya dengan mudah menerima Islam yang dianut tanpa paksaan. Menurut sejarahnya, bangsa Bosnia menganut agama Kristian mazhab Bogomil, cabang mazhab Ortodoks yang beriman bahawa Nabi Isa a.s. adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, seorang manusia biasa yang dilantik oleh Tuhan menjadi Rasul, bukannya anak Tuhan. Mereka tidak memakan daging babi kerana haram dan banyak lagi persamaan dengan ajaran Islam.

Mereka mengenali Islam pada mulanya melalui perdagangan. Hanya sedikit sahaja yang menganut Islam pada awalnya. Apabila tentera Uthmaniyah Turki mengalahkan raja-raja Serbia, Croat dan Bosnia, kaum Bosnia bermazhab Bogomil terus menganut Islam. Adapun kaum Serb dab Croat terus berpegang dengan agama mereka. Maka pengenalan bangsa Bosnia terhadap Islam lebih luas dan terbuka.

Pelaksanaan hukum Islam yang adil untuk semua dan persamaan Islam dengan mazhab Ortodoks Bogomil menjadikan mereka semua menerima kedatangan Islam dan menganutnya.

Perubahan kepada Islam oleh bangsan Bosnia menimbulkan kemarahan dan permusuhan keras daripada pihak Serb dan Croat. Maka tercetus permusuhan sengit terhadap kaum Bosnia yang menganut Islam sejak berabda-abad kedatangan Islam. Mereka menjadi mangsa serangan daripada kaum lain dengan kejam. Pada masa kerajaan Uthmaniyah masih kuat, umat Islam mendapat perlindungan yang kuat tanpa memaksa penganut agama lain menganut Islam dengan konsep Islam member kebebasan beragama dan mendirikan rumah ibadat dan mengizinkan gereja-gereja yang didirikan sebelum kedatangan Islam dan banyak gereja kama masih terpelihara sehingga kini. Ini menunjukkan Kerajaan Islam Uthmaniyah melaksanakan konsep kebebasan beragama terhadap penganut bukan Islam.

Apabila kerajaan Uthmaniyah dalam keadaan lemah kerana terpaksa menghadapi masalah dalaman dan musuh luar daripada Timur dan Barat, memaksakan mereka berundur dari Bosnia Herzegovina. Ini menyebabkan separuh penganut Islam daripda kaum Bosnia yang menjadi sasaran dendam. Mereka terpaksa berhijarh ke Negara Islam atau mana-mana Negara yang bebas beragama. Separuh lagi yang tidak mampu berhijrah, terus menjadi mangsa kezaliman dictator Jeneral Josip Tito yang menubuhkan Negara Yugoslavia selepas Perang Dunia Kedua. 
 
Sumber: Harakah

Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...