Friday, April 6, 2012

UCAPAN DUSTA IBU

Views


Berbakti kepada orang tua, mengangkat darjat dan martabat yang tinggi dalam kaca mata Islam kerana itu banyak pesanan-pesanan cinta daripada Allah SWT dan rasulNya. Bahkan, banyak terdapat ayat-ayat al-Quran yang mengandungi perintah untuk berbakti kepada orang tua bersama dengan perintah taat beribadah dengan tulus kepada Allah SWT dan tidak menyekutukanNya.

Firman Allah SWT:
“…. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.” (al-Baqarah ayat 83)

                “Semua bermula semasa aku kecil”, ujar seseorang memulakan kisahnya. Aku adalah seorang lelaki yang dilahirkan dalam sebuah keluarfa miskin. Bahkan untuk makan, kami sering kekurangan. Ketika makan, ibu mengangkat pinggannya dan memberikan nasinya untukku sambil berkata, “Makanlah nak, ibu tidak lapar.” Inilah UCAPAN DUSTA IBU YANG PERTAMA.

                Ketika aku mulai membesar, ibuku sering memanfaatkan masa terluangnya untuk memancing ikan di sungai berdekatan dengan rumah kami. Pulang dari memancing, biasanya ibu masak sup ikan lazat yang membangkitkan selera makan. Semasa aku memakan sup itu, ibu duduk di sampingku memakan sisa daging yang masih melekat pada tulang ikan yang aku makan tadi. Melihat itu, lalu aku berikan ikanku kepada ibu tetapi dengan cepat ibu menolaknya dan berkata, “Makanlah nak, ibu tidak suka ikan,”. Itulah UCAPAN DUSTA IBU YANG KEDUA.

                Setelah masuk tingkatan satu demi membiayai persekolahan aku dan adik-beradik yang lain, ibu pergi ke kedai dengan membawa beberapa puluh bungkus keropok untuuk dijual. Dari situ ibu memperoleh sedikit wang untuk menampung keperluan hidup. Di kala musim hujan tiba, aku bangun dari tempat tidur dan melihat ibu masih bersimpul pada lilin kecil dengan gigihnya menyambung pekerjaannya membungkus keropok yang telah digoreng. Aku berkata padanya, “Ibu, tidurlah sudah malam. Esok pagi ibu sambunglah.” Ibu tersenyum dan berkata, “Pergilah tidur, ibu tidak letih.” Itulah UCAPAN DUSTA IBU YANG KETIGA.

                Ketika hari peperiksaan tiba, ibu sengaja tidak bekerja supaya dapat menemani aku ketika peperiksaan dijalankan. Ketika tengahari dan terik matahari mulai menyinar, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah panas matahari selama beberapa jam. ketika loceng berbunyi menandakan peperiksaan kami hari ini telah selesai, ibu dengan segera menyambut aku dan menuangkan the yang dibawa di dalam botol yang sejuk untukku. Melihat keadaan ibu yang dibasahi peluh, aku segera memberikan cawan kepadanya dan menyuruhnya minum. Ibu berkata, “Taka pa minumlah, ibu tidak haus!”  Itulah UCAPAN DUSTA IBU YANG KEEMPAT.

                Selepas ayah meninggal dunia kerana sakit, ibu yang malang ini harus memegang peranan sebagai ayah dan ibu. Dengan pekerjaannya yang dulu, dia harus menyediakan keperluan hidup kami seorang diri. Melihat keadaan keluarga yang semakin teruk, ada seorang pakcik yang baik hati tinggal berdekatan dengan rumah kami membantu ibu menyelesaikan masalah yang kami hadapi. Jiran-jiran yang melihat kehidupan kami yang begitu susah, mereka sering menasihati ibu untuk berkahwin lagi. Tetapi ibu yang berkeras tidak mahu menuruti nasihat mereka. Ibu berkata, “Terima kasih, saya tidak perlu cinta.” Itulah UCAPAN DUSTA IBU YANG KELIMA.

                 Setelah aku dan adik-adik semuanya telah tamat belajar dan bekerja, ibu yang telah tua sepatutnya berehat. Tetapi ibu tidak mahu, dia rela pergi ke pasar setiap pagi untuk berniaga sayur-sayuran bagi memenuhi keperluan hidupnya. Abang-abangku yang telah bekerj asering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu tetapi ibu beria-ria tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang itu. Ibu berkata, “ibu ada duit.” Itulah UCAPAN DUSTA IBU YANG KEENAM.

                Setelah tamat dan memperoleh ijazah, aku menyambung pengajian dan berjaya mandapat master di sebuah university terkenal di Amerika Syarikat, berkat biasiswa dari sebuah syarikat. Akhirnya aku pun bekerja di syarikat berkenaan. Dengan gaji yang lumayan, aku berniat membawa ibu yang baik hati, tidak mahu menyusahkan anaknya dan dia berkata kepadaku, ”Ibu tidak biasa.” Itulah UCAPAN DUSTA IBU YANG KETUJUH.

                Setelah usianya semakin tua, ibu menghidapi penyakit kanser usus dan harus mendapat rawatan di hospital. Aku yang berda jauh di seberang lautan Atlantik terus pulang ke tanah air untuk menjenguk ibu tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di tempat tidurnya selepas menjalani rawatan. Ibu yang Nampak sangat tua, menatapku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang terukir di wajahnya agak kaku kerana sakit yang ditahannya. Aku menatap ibu sambil berlinang air mata. Hatiku pedih, sakit sekali kerana melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegasnya berkata, “Jangan menangis, ibu tidak apa-apa.” Itulah UCAPAN DUSTA IBU YANG KELAPAN.

                Selepas mengucapkan kedustaannya yang terakhir, ibuku yang tercinta menutup matanya yntuk selama-lamanya. Selamat jalan ibu, kami saying ibu….

                Renungilah, tunjukkanlah cinta kasih sayang kita dengan pelbagai bentuk pengorbanan dan pengabdian selama kita masih dapat lagi merasakan harum desah nafasnya, lembut sapaan dan nasihatnya. Lakukan yang terbaik untuknya, sebelum kita berpisah dengannya untuk selama-lamanya. Ingatlah ketika itu, segala PENYESALAN sudah tidak berguna.

Sumber: I LOVE YOU MOM

Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...