Friday, April 6, 2012

Hukum Bermain Permainan Komputer

Views


Permainan komputer  atau ‘PC games’ telah menjadi salah satu pilihan kepada manusia zaman ini sebagai suatu bentuk hiburan semasa. Ia mempunyai pelbagai jenis permainan seperti: peperangan, strategi, perlumbaan dan sebagainya. Namun, adakah ia dibenarkan dalam Islam?

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, asal kepada permainan computer ini adalah harus secara umumnya. Tetapi, ia hendaklah mematuhi beberapa syarat agar ia tidak menjerumuskan seseorang ke dalam perkara yang diharamkan. Antaranya ialah:

1)     1) Kandungan permainan itu tidak mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam dan akhlak. Ia juga perlu bebas daripada segala bentuk perjudian, pertaruhan, keganasan dan sebagainya. Lebih penting lagi, perkara yang boleh menjejaskan akidah seseorang yang terdapat dalam permainan komputer ini hendaklah dijauhkan.

2)     2)  Hiburan ini tidak diambil secara berlebih-lebihan sehingga menyebabkan kewajipan terhadap agama dan urusan lain terjejas. Jika ia boleh membawa kepada meninggalkan solat, mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa, melunturkan semangatnya untuk belajar, maka hokum harus tadi akan bertukar kepada haram. Inilah salah satu kesan bahaya permainan komputer apabila ia mampu mendatangkan ketagihan.

3)     3)  Memastikan kesihatan seseorang itu dapat dijaga apabila berada di hadapan komputer. Ini termasuklah memastikan cara duduk, had jarak di hadapan skrin, dan penggunaan alatannya. Sekiranya ia diabaikan, maka penyakit tertentu akan menimpanya seperti rabun, sakit belakang, pening kepala dan sebagainya. Bahagian ini perlu dipantau oleh ibu bapa atau sesiapa sahaja di sekeliling yang mengetahui kaedah yang betul dalam penggunaannya.

4) Hukum pada situasi ini adalah sama seperti permainan yang menggunakan konsep yang sama seperti permainan video dan seumpamanya. Maka, perubahan suatu hukum akan berlaku apabila ikatan-ikatan yang melanggar syarak tidak dipatuhi sama sekali.  Seeloknya, ibu bapa dan penjaga kepada anak-anak hendaklah memilih hiburan yang sesuai dengan proses pembentukan rohani dan mindanya. Aspek agama dan peribadi mulia perlu diutamakan terlebih dahulu. Bukan tidak membolehkan jenis permainan lain yang terdapat sekarang, tetapi banyak keburukan yang menanti bagi si penggemarnya berbanding kebaikan.

Sumber: Gen-Q   

Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...