Monday, March 19, 2012

Kurangkan penggunaan botol plastik

Views


 Botol plastik terbahagi kepada dua jenis, iaitu botol plastik yang boleh diguna semula (jenis polikarbonat) dan botol plastik yang tidak boleh digunakan semula saperti botol air mineral biasa (jenis polyethylene terephthalate, PET). Secara umumnya, air yang terdapat dalam botol dikatakn lebih baik daripada air paip atau air yang telah dimasak. Ini kerana kandungan air dalam botol tidka dicemari oleh persekitaran selagi penutup botol plastik kerana ia ringan, tahan panas serta tidak mudah pecah, lebih-lebih lagi sewaktu mendaki gunung atau melawat kawasan yang kurang bersih.

Air dalam botol yang terdapat di pasaran biasanya terdiri daripada air mineral, air osmosis terbalik (RO), air suling, jus dan minuman berkarbonat. Walaupun botol plastik ini mempunyai kelebihannya, namun ia mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan. Antara kesan botol plastik kepada alam sekitar dan kesihatan adalah:

1)     1)  Peningkatan jumlah sampah
Kebanyakan botol plastik dihasilkan untuk digunakan sekali sahaja terutamanya botol yang mempunyai label nombor 1 tertera di bawah botol tersebut. Dalam pada itu, setiap orang dinasihatkan untuk minum 8 gelas air sehari iaitu sekitar 4 botol (500mL) air. Cuba bayangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh botol plastik yang akan terkumpul di tapak pelupusan sampah sekiranya semua orang meminum air dalam botol plastik. Keadaan ini bertambah buruk memandangkan kadar kitar semula plastik di negara kita masih rendah (hanya dalam lingkungan 3%) dan botol plastik pula tidak dapat dibiodegradasikan.

2)     2)  Pembaziran air
Proses penulenan yang kompleks dan panjang dan juga kehilangan akibat penyejatan (evaporation loss) yang berlaku di semasa pengilangan air dalam botol memerlukan 3 kali jumlah air mentah untuk menghasilkan satu botol air terproses. Di samping itu, agen pencuci yang digunakan sewaktu pemprosesan botol ini boleh mencemarkan sumber air seperti sungai dan tasik.

3)     3)  Pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui
Penghasilan botol plastik menggunakan bahan daripada petroleum, iaitu sumber yang tidak boleh diperbaharui. Dianggarkan 17 juta tong minyak digunakan setiap tahun di Amerika Syarikat untuk menghasilkan botol air plastik sahaja. Sumber ini akan semakin berkurangan dengan bertambahnya penghasilan botol plastik bagi menampug permintaan pasaran yang terus meningkat.

4)      4) Risiko kesihatan
Menurut kajian baru pada September 2008 oleh Journal of American Medical Associations dan juga laporan terkini (November 2008) dari Program Toksilogi Negara (Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat), botol plastik yang menggunakan Bisphenol A (BPA) boleh membawakan risiko kesihatan, lebih-lebih lagi kesihatan kanak-kanak

Penggunaan yang kasar seperti pendedahan lama kepada persekitaran yang panas, mencuci dengan agen pencuci yang kuat, atau mengisi dengan air yang mendidih boleh mengakibatkan dan mempercepatkan bahan kimia ini mencemari air dalam botol.

BPA member kesan yang sama saperti hormone estrogen. Pengumpulan dalam badan manusia boleh menjejaskan pertumbuhan otak, sistem kesuburan dan fungsi-fungsi lain badan.

Penyelesaian

Apa yang boleh kita lakukan ialah menghantar botol plastik yang telah digunakan ke pusat kitar semula. Ini dapat mengurangkan kuantiti botol plastik yang dibuang di pusat pelupusan sampah. Akan tetapi, pastikan botol plastik yang digunakan tersebut tidak mengandungi Bisphenol A.

Botol plastik yang mengadungi BPA selalunya mempunyai nombor 7 tertera di bawah botol tersebut. Namun ini tidak bermakna semua botol plastik bernombor 7 mengadungi BPA kerana nombor 7 bermakna ‘lain-lain’ jenis plastik. Pastikan kandungannya dirujuk dengan pembalut botol tersebut.

Sebagai alternative kepada botol plastik, gunakanlah botol kaca atau botol besi jenis tahan karat. Ia bukan sahaja mesra alam tetapi boleh digunakan semula. Namun, pastikan anda sentiasa memcuci cawan atau botol ini dengan sabun pencuci serta pastikan ia kering dahulu sebelum mengisi semula dengan air. Ini kerana botol yang sentiasa mengandungi air adalah lebih terdedah kepada pertumbuhan kuman dan bakteria.

Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...