Friday, April 6, 2012

MADU LEBAH: FAKTA SAINS DAN ISLAM

Views

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia,” kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)

                Hampir semua orang tahu bahawa madu adalah sumber makanan yang penting bagi tubuh manusia, tetapi sedikit sekali manusia yang menyedari sifat-sifat luar biasa dari penghasilannya, iaitu madu lebah. Sumber makanan lebah adalah nektar, yang tidak dijumpai pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat yang baru iaitu madu dan menyimpannya untuk musim dingin yang akan datang.

                Selama jutaan tahun, lebah telah menggunakan struktur segi enam untuk membangun sarangnya. (Sebuah fosil lebah yang berusia 100 juta tahun telah ditemukan). Sungguh menakjubkan bahawa mereka memilih struktur segi enam, bukan segi delapan atau segi lima. Ahli matematik memberikan alasannya: “struktur segi enam adalah bentuk geometris yang paling sesuai untuk memanfaatkan setiap bahagian unit secara maksimum”. Jika sel-sel sarang madu dibangunkan dalam bentuk lain, akan terdapat bahagian yang tidak digunakan, sehingga lebih sedikit madu yang boleh disimpan dan lebih sedikit lebah yang mendapat manfaatnya. Pada kedalaman yang sama, bentuk sel segi tiga atau segi empat dapat menampung jumlah madu yang sama dengan sel segi enam. Akan tetapi, dari semua bentuk geometris tersebut, segi enam memiliki keliling yang paling pendek. Sel berbentuk segi enam memerlukan jumlah lilin paling sedikit dalam pembangunannya, dan menyimpan madu paling banyak.

                Madu sering menjadi campuran dalam berbagai-bagai ubat herba terutamanya makjun dan jamu. Ini kerana ia merupakan kombinasi pelbagai manisan daripada bunga termasuk bunga-bunga herba yang dikutip oleh lebah.

                Madu berbentuk di atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa. Ia juga mengandungi mineral, asid amino dan asid folik. Sementara kandungan vitaminnya ialah vitamin B1, B2, B6 dan vitamin C. namun komposisi tersebut bergantung pada jenis-jenis bunga yang diambil oleh lebah.

                Amalan pengubatan tradisi menyebut madu digunakan untuk menahan pendarahan pada luka-luka kecil, penawar untuk kulit yang terbakar atau terkena air panas bagi mengelak daripada melecur.

                Selain itu, dengan mengabil madu setiap hari, boleh menghindari daripada berbagai penyakit kronik serta mampu membekalkan tenaga bagi keperluan tubuh badan. Antara khasiat madu lebah:

·        1)  Memulihkan tenaga
·         2) Membetulkan sistem pernafasan
·         3) Melegakan batuk
·         4) Mengelakkan kekejangan pada otot
·         5) Membersihkan darah
·         6) Mempercepatkan pertumbuhan sel kulit
·         7) Membasmi virus dalam darah
·         8) Menghilangkan gatal-gatal pada kulit

Sumber: INFO Penggerak Minda Rakyat



Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...