Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 memalukan negara

Views


Bersih 3.0 berlaku pada 28 April 2012. Diketuai oleh Ambiga dari parti pembangkak. Bersih 3.0 ini masih mengekalkan ciri-ciri dari Bersih 2.0. dengan tujuan utamanya adalah untuk menuntuk keadilan untuk pilihan raya akan datang. Persoalannya, kenapa ketika pihak pembangkak menang pilihan raya dulu dengan menguasai 5 negeri mereka tidak kemukakan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0? ini menunjukkan bahawa pihak pembangkak masih tidak tahu bersyukur dengan kemenangan yang mereka miliki kerana satu persatu ahlinya keluar dari pemerintahan mereka. Ini mungkin kerana masalah dalaman dalam politik, ketidakkesimbangan pemerintahan pada negeri pembangkak atau pun ahli mereka semakin tahu apa tidak kena dengan pemimpinnya yang inginkan kekuasaan tanpa mampu menampung kehendak rakyat. Semakin banyak janji-janji mereka yang mereka sendiri tidak tepati berbanding pihak kerajaan yang selama ini membantu masyarakat di Bandar mahupun luar Bandar serta tidak lupa juga kepada masyarakat di kawasan pedalaman terutamanya di bahagian Borneo.

Kembali pada Besih 3.0 ini, dilihat pada tajuk utama berita 28 April 2012 mendapati majority dari ahli-hali Bersih 3.0 ada Melayu. Adakah ini menunjukkan yang masyarakat kita mudah diperdaya atau pemikiran mereka ditakuk lama? Jawapannya ada pada pemikiran masing-masing. Jika dilihat banyak kerosakan awam berlaku di kawasan sekitar demonstrasi. Sampaikan pihak polis tidak dapat mengawal sepenuhnya keadaan itu. Kereta peronda polis juga diterbalikkan oleh mereka. Inikah yang dikatakan BERSIH? Saya sendiri tidak Nampak apa yang dimaksudkan bersih itu. Hendak katakana bersih jiwa, tengoklah pada keadaan yang sangat memalukan, hendak kata bersihkan jalan, habis jalan raya kotor. Hmm…macam ini ke demokrasi Malaysia? Kita ada pelbagai cara untuk membuat aduan tapi kenapa demostrasi ini juga yang menjadi pilihan utama.

Lihat pula pada ahlinya. Terdapat kanak-kanak, pelajar, warga emas dan golongan terpelajar. Di sini kita Nampak, apa kaitan kanak-kanak dengan pilihan raya mahupun politik. Mereka tidak tahu apa-apa pun, yang mereka tahu keseronokkan bermain bersama kawan-kawan. Sedarlah anak-anak awak belajar di mana. Ingat anak-anak awak belajar di sekolah kerajaan yang sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan sendiri melainkan awak hantar anak awak ke sekolah swasta. Ini tidak termasuk golongan pelajar IPT, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Ingat pelajar IPT, kalau awak belajar di IPTA bolehlah awak keluar dari IPTA tersebut kerana awak menyokong Bersih melainkan awak pelajar IPTS. Sedar tidak sedar terdapat juga golongan emas yang masih ada hati untuk mengikuti demonstrasi ini. Kalau pakcik atau makcik dah tua, lebih elok duduk di rumah buat perkara-perkara berfaedah seperti mengaji ke, jaga makan minum keluarga ke. Ini tidak. Kalau dah sakit masa demostrasi tu, ada ke sesiapa nak tolong. Mereka akan biarkan pakcik atau makcik terbaring di atas jalan raya. Seterusnya menyalahkan pihak polis kerana menyebabkan beberapa orang sakit ataupun mati, padahal ahli-ahli mereka yang tidak sedar diri tentang perbuatan mereka.

Banyak pengajaran yang kita ambil pasal Bersih 3.0 ini. Selain memalukan negara, ekonomi negara turut merudum akibat rusuhan ahli Bersih ini. Peniaga terpaksa tutup kedai bagi mengelakkan kerugian yang besar. Selain itu, para pelancong juga takut hendak ke Malaysia lagi dan ini menyebabkan nilai perlancongan negara kita semakin berkurangan. Saya pun tidak tahu apa yang masyarakat mahukan lagi. Bantuan sudah diberikan. RM100 untuk pelajar sekolah, RM200 untuk pelajar IPT dan RM500 untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Tidak cukupkan dengan itu. Bersyukurlah dengan Malaysia kerana Malaysia salah satu Negara yang aman tiada bencana ataupun peperangan. Tuhan akan tarik balik nikmat itu jika kita tidak mensyukurinya.

Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...