Bersih 3.0 berlaku pada 28 April 2012. Diketuai oleh Ambiga
dari parti pembangkak. Bersih 3.0 ini masih mengekalkan ciri-ciri dari Bersih
2.0. dengan tujuan utamanya adalah untuk menuntuk keadilan untuk pilihan raya
akan datang. Persoalannya, kenapa ketika pihak pembangkak menang pilihan raya
dulu dengan menguasai 5 negeri mereka tidak kemukakan Bersih 2.0 dan Bersih
3.0? ini menunjukkan bahawa pihak pembangkak masih tidak tahu bersyukur dengan
kemenangan yang mereka miliki kerana satu persatu ahlinya keluar dari
pemerintahan mereka. Ini mungkin kerana masalah dalaman dalam politik,
ketidakkesimbangan pemerintahan pada negeri pembangkak atau pun ahli mereka
semakin tahu apa tidak kena dengan pemimpinnya yang inginkan kekuasaan tanpa
mampu menampung kehendak rakyat. Semakin banyak janji-janji mereka yang mereka
sendiri tidak tepati berbanding pihak kerajaan yang selama ini membantu
masyarakat di Bandar mahupun luar Bandar serta tidak lupa juga kepada
masyarakat di kawasan pedalaman terutamanya di bahagian Borneo.
Kembali pada Besih 3.0 ini, dilihat pada tajuk utama berita
28 April 2012 mendapati majority dari ahli-hali Bersih 3.0 ada Melayu. Adakah ini
menunjukkan yang masyarakat kita mudah diperdaya atau pemikiran mereka ditakuk
lama? Jawapannya ada pada pemikiran masing-masing. Jika dilihat banyak
kerosakan awam berlaku di kawasan sekitar demonstrasi. Sampaikan pihak polis
tidak dapat mengawal sepenuhnya keadaan itu. Kereta peronda polis juga
diterbalikkan oleh mereka. Inikah yang dikatakan BERSIH? Saya sendiri tidak Nampak
apa yang dimaksudkan bersih itu. Hendak katakana bersih jiwa, tengoklah pada
keadaan yang sangat memalukan, hendak kata bersihkan jalan, habis jalan raya
kotor. Hmm…macam ini ke demokrasi Malaysia? Kita ada pelbagai cara untuk membuat
aduan tapi kenapa demostrasi ini juga yang menjadi pilihan utama.
Lihat pula pada ahlinya. Terdapat kanak-kanak, pelajar,
warga emas dan golongan terpelajar. Di sini kita Nampak, apa kaitan kanak-kanak
dengan pilihan raya mahupun politik. Mereka tidak tahu apa-apa pun, yang mereka
tahu keseronokkan bermain bersama kawan-kawan. Sedarlah anak-anak awak belajar
di mana. Ingat anak-anak awak belajar di sekolah kerajaan yang sepenuhnya
ditanggung oleh kerajaan sendiri melainkan awak hantar anak awak ke sekolah
swasta. Ini tidak termasuk golongan pelajar IPT, tidak kira lelaki mahupun
perempuan. Ingat pelajar IPT, kalau awak belajar di IPTA bolehlah awak keluar
dari IPTA tersebut kerana awak menyokong Bersih melainkan awak pelajar IPTS. Sedar
tidak sedar terdapat juga golongan emas yang masih ada hati untuk mengikuti
demonstrasi ini. Kalau pakcik atau makcik dah tua, lebih elok duduk di rumah
buat perkara-perkara berfaedah seperti mengaji ke, jaga makan minum keluarga
ke. Ini tidak. Kalau dah sakit masa demostrasi tu, ada ke sesiapa nak tolong. Mereka
akan biarkan pakcik atau makcik terbaring di atas jalan raya. Seterusnya menyalahkan
pihak polis kerana menyebabkan beberapa orang sakit ataupun mati, padahal
ahli-ahli mereka yang tidak sedar diri tentang perbuatan mereka.
Banyak pengajaran yang kita ambil pasal Bersih 3.0 ini. Selain
memalukan negara, ekonomi negara turut merudum akibat rusuhan ahli Bersih ini. Peniaga
terpaksa tutup kedai bagi mengelakkan kerugian yang besar. Selain itu, para
pelancong juga takut hendak ke Malaysia lagi dan ini menyebabkan nilai
perlancongan negara kita semakin berkurangan. Saya pun tidak tahu apa yang
masyarakat mahukan lagi. Bantuan sudah diberikan. RM100 untuk pelajar sekolah,
RM200 untuk pelajar IPT dan RM500 untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Tidak cukupkan
dengan itu. Bersyukurlah dengan Malaysia kerana Malaysia salah satu Negara yang
aman tiada bencana ataupun peperangan. Tuhan akan tarik balik nikmat itu jika
kita tidak mensyukurinya.