Thursday, June 23, 2011

Sejarah Solat Lima Waktu

Views
Umat Nabi Muhammad s.a.w. telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari berbanding umat nabi-nabi yang lain. 



SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakkat

Rakaat pertama : tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : tanda syukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s. sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama : tanda syukur bagi penebusan
Rakaat kedua : tanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat ketiga : tanda bersyukur dan memohon aka keredhaan Allah s.w.t.
Rakkat keempat : tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tabusan kibas

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t. dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah s.w.t. daripada 4 kegelapan iaitu :

Rakaat pertama : kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : kelam dengan malam
Rakaat keempat : kelam dengan perut ikan Nun

MAGHRIB

Manusia pertma yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t. dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa a.s., lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu :

Rakaat pertama : untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah s.w.t. yang Maha ESA
Rakaat kedua : untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang
Rakaat ketiga : untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah s.w.t. semata-mata, tiada duaatau tiganya

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah s.w.t. menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur

Rakaat pertama : tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat ketiga : tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat keempat : tanda dukacita terhadap anak Firaun

Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...