Januari
berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua.
Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
Februari
berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’.
Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di
kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
Mac
berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
April
berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’.
Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar.
Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
Mei
berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
Jun
--> berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
Julai
berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
Ogos
berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom.
Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
September
berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh.
Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
Oktober
berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh
November
berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
Disember
berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi
kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.