Sunday, May 29, 2011

10 Stesyen Keretapi Terbaik Di Dunia siri 1

Views 1. Berlin Hauptbahnhof (Jerman)

Berlin Hauptbahnhof salah satu daripada stesyen keretapi terbesar dan tercantik di Eropah. kebijaksaan arkitek telah menjadikan stesyen keretapi dua tingkat terbesar di Eropah dengan mempunyai 14 platform dan 80 buah kedai. Stesyen ini dirasmikan pada 26 Mei 2006. Lokasinya terletak di tapak sejarah Lehrter Bahnhof. stesyen ini beroperasi dengan Stesyen DB dan servis di bawah anak sayrikat Deutsche Bahn AG. Diklasifikasikan sebagai stesyen nombor 1 dalam kategori ini, menjadi salah satu daripada dua puluh stesyen di Jerman dan ketiga di Berlin. Setiap hari sejauh 1,100 km keretapi akan bergerak, serantau dan keretapi transit cepat digunakanuntuk 14 platform pada 2 tingkat yang berbeza..


2. Stesyen Keretapi Kuala Lumpur (Malaysia)

Stesyen Keretapi Kuala Lumpur dengan senibina Moor melakar lakaran bangunan ini siap pada tahun 1910 dan menjadi bangunan bersejarah. Telah menjadi pusat sistem pengangkutan awam di Malaysia, dengan kubah dan lengkungan menjadikan salah satu stesyen keretapi teragung di dunia. Bangunan ini telah dinaiktaraf pada 1986 dengan kemudahan penghawa dingin di ruang menunggu, gerai dan kaunter pertanyaan. Direka oleh arkitek British iaitu A.B. Hubbock pada 1913, siap sepenuhnya pada 1917.


3. Kabel Keretapi Nodrpark (Austria)

Kabel Keretapi Nordpark adalah 4 stesyen terbaru dan kabel digantung pada jambatan yang bawahnya mengalir Sungai Inn. Stesyen ini dubuka pada Disember 2007. Arkitek Zaha Hadid yang mereka stesyen ini pada 2007. Lukisan Zaha Hadid telah memenangi hadiah Anugerah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 2005.


4. Gare de Strasbourg (Perancis)

Direka oleh arkitek dari Berlin, Jerman iaitu Johann Jacobsthal oada tahun 1883. Stesyen ini dinaiktaraf pada tahun 2007. 120 meter panjang yang pembinaannya dicampuri dengan kaca dengan rekaan sejarah stesyen keretapi. 25 meter jarak antara kubah dan lebih besar daripada bangunan lain.


5. Stesyen Kanazawa (Jepun)

Salah satu stesyen masa depan dan unik di Jepun. Stesyen ini sempurna dengan campuran tradisional dan moden dari arkitek. Pintu candi kayu dengan kaca dan besi hanya terdapt di Stesyen Keretapi Jepun Barat. Ketinggian pintu utama setinggi 14 meter menjadi lambang utama stesyen ini. Kubah yang besar menggabungkan antara timur dan barat stesyen dengan diperbuat dari kaca.


sambung di siri 2...




Terima kasih membaca entry hafiz

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...