Thursday, July 5, 2012

Kerana Mencaci,Kaki Digigit Anjing

Views

Dalam sebuah riwayat diterangkan: "Suatu ketika Anas bin Malik duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan sahabat yang kakinya berlumuran darah. Rasulullah kamudian memanggilnya, seraya bertanya: "Kena apa kakimu itu." Jawab lelaki: "Ya Rasulullah, tadi aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba bertemu dengan anjing milik seorang munafik, lalu anjing itu menggit kakiku hingga berdarah."

Rasulullah kemudian bersabda: "Silakan duduk dulu." Lelaki itu kemudian duduk. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki menghadap Rasulullah, yang kakinya juga berlumuran darah. Lelaki itu berkata: "Ya Rasulullah, sungguh tadi aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba bertemu dengan anjing milik seorang munafik, lalu anjing itu menggigit kakiku hingga berdarah."

Berdasar laporan dua orang sahabat, dan menyaksikan sendiri bekas luka gigitan anjing di kakinya, Rasulullah segera memerintahkan kepada para sahabat agar membunuh anjing milik orang munafik itu. Para sahabat kemudian pergi bersama Rasulullah mencari anjing yang dimaksudkan. Ketika bertemu, anjing itu terus duduk bersimpuh di hadapan Rasulullah, seraya dengan suara yang fasih berkata: "Ya Rasulullah, janganlah engkau membunuh aku. Sebab aku adalah bahagian mahkluk yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kemudian Rasulullah bertanya: "Tetapi, mengapa engkau menggigit dua orang sahabatku?" Jawab anjing: "Sungguh aku adalah seekor anjing yang diberi tugas oleh Allah untuk menggigit setiap orang yang menghina sahabat Abu Bakar As-Shidiq." Mendengar jawapan si anjing, lalu Rasulullah bersabda: "Hai dua orang sahabatku, adakah engkau telah mendengar jawapan dari anjing tadi?" Jawab kedua orang sahabat: "Ya, kami telah mendengarnya. Mulai waktu ini aku bertaubat, dan berjanji tidak akan berprasangka buruk lagi terhadap sahabat Abu Bakar As-Shidiq."

Allah s.w.t. berfirman:

"Jikalau engkau tidak menolongnya (Muhammad) , maka sesungguhnya Allah telah menolongnya. Iaitu ketika orang-orang kafir Makkah mengeluarkannya dari Makkah, sedangkan dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah berserta kita." Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada Muhammad dan pembantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya."                  (At-Taubah: 40)

Dalam ayat lain diterangkan pula tentang keistimewaan Abu Bakar, sebagai orang yang pertama kali beriman kepada Rasulullah. Dalam perkara ini Allah teleh menegaskan:

"Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa."                (Az-Zumar: 33)


Terima kasih membaca entry hafiz

Menabung

Views


Tanpa pelan tanbungan yang teratur, adalah sukar untuk mencapai matlamat kewangan seperti membeli rumah atau kereta, melanjutkan pelajaran atau membina dana persaraan.

Adalah dicadangkan menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan. Malah, lebih baik jika boleh meningkatkan tabungan kepada 15% hingga 20% kerana akan mempunyai lebih banyak wang untuk masa depan.

PANDUAN MEMUPUK TABIAT MENABUNG


1. Menabung sebelum berbelanja

a) Menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan.
b) Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya.

2) Dorong diri dengan menetapkan matlamat kewangan

a) Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri menabung. Boleh menetapkan matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

3) Jadikan tabiat menabung suatu cabaran

a) Selepas menabung 10% daripada pendapatan, cabar diri untuk meningkatkan jumlah tabungan secara beransur-ansur

4) Simpan sebahagian 'Durian Runtuh'

a) Setiap kali menerima wang seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam  akaun simpanan.
b) Jika menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah tabungan bulanan anda

MENABUNG UNTUK KECEMASAN KEWANGAN


Dalam kehidupan seharian, kadangkala kejadian tidak diduga atau kecemasan boleh menyebabkan hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Malah ada kalanya mungkin memerlukan jumlah wang yang banyak dalam masa yang singkat untuk menangani masalah tersebut.

Lazimnya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekiranya kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba ataupun akibat kos membaiki kerosakan rumah atau kereta. Jika anda atau pasangan kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar!

Dalam keadaan begini, adalah penting bagi yang mempunyai tabungan untuk menanganinya. Sebagai panduan, perlu mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas selama 3 hingga 6 bulan. Keadaan akan bertambah buruk jika perlu meminjam untuk mengatasi masalah yang timbul itu.
Terima kasih membaca entry hafiz

Tuesday, July 3, 2012

Zikir Untuk Pelajar Cemerlang

Views

Allah berfirman:
"Dialah ALLAH, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai Asma'ul Husna (nama-nama yang baik). (Surah Thaha: 8)

1. Allah. Yang menciptakan sekalian makhluk dari tiada menjadi ada.

a) Sesiapa yang membaca Ya Allah Ya Hayyu sebanyak 100 kali pada setiap hari Jumaat, yakni sebelum mengerjakan solat Jumaat dalam keadaan dia suci daripada hadas dan najis serta dibacanya dengan khusyuk, insyaAllah dimudahkan bagimu segala yang dituntut dan yang diperjuangkan.

2. Ar-Rahman. Maha pemurah. Pemberi nikmat kepada hambaNya dan Maha pengasih ke atas mereka dalam kehidupan dunia.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Rahman) sebanyak 100 kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu, insyaAllah akan hilang daripadanya sifat lalai dan pelupa.

b) Sesiapa yang membaca Ya Rahman sebanyak 100 kali selepas mengerjakan solat fardhu, insyaAllah dia mempunyai ingatan yang baik dan mempunyai hati yang pemurah.

3. Al-Muhaimin. Maha penjaga. Memerintah dan melindungi segala sesuatu.

a) Sesiapa yang membacanya sebanyak 145 kali selepas solat Isyak, insyaAllah akan kuat hafalan (ingatan)nya.

4. Ar-Razzaq. Maha pemberi rezeki. Menentukan bekalan rezeki serta menyediakan asbab-asbab (sumber-sumber) ianya akan diperoleh oleh makhluk-makhlukNya.

a) Sesiapa yang membaca Ya Razzaq 20 kali setiap hari, yakni dibaca pagi-pagi sebelum sarapan dan diwiridkannya selama 20 hari, insyaAllah dia akan diberi kefahaman yang mendalam dan sempruna dalam sesuatu perkara.

5. Al-Jalil. Maha luhur. Yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Jalil) 73 kali setiap pagi (pukul 2.30), insyaAllah usahanya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.

6. Al-Hakim. Maha bijaksana. Memiliki bijaksanaan dan kesempurnaan dalam mengatur serta membuat segala sesuatu.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Hakim) sebanyak 300 kali pada setiap hari, insyaAllah akal fikirannya akan menjadi cergas sehingga dia mudah menerima dan mengingati pelajaran.

7. Al-Qayyum. Maha berdiri sendiri. Zat Allah s.w.t. berdiri sendiri, begitu juga sifat dan perbuatanNya. Dia juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. Dan juga denganNya berdiri langit dan bumi.

a) Sesiapa yang selalu membaca (Ya Qayyum), insyaAllah dia akan terpelihara daripada sifat lupa dan lalai.

8. Al-Majid. Maha mulia. Allah s.w.t. bersifat agung, suci, mulia dan penuh kesempurnaan. Dia yang berhak untuk dipuji dan dimuliakan dan dihormati oleh sekelian penduduk langit dan bumi.

a) Sesiapa yang membaca (Ya Majid) 400 kali setiap hari, terutama para pelajar, insyaAllah akan terang hatinya, tajam ingatannya dan tidak mudah lupa. Namum demikian pelajar tersebut mesti belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

9. Zul Jalali Wal Ikram. Maka memiliki kebesaran dan kemuliaan. Dia juga zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang banyak melimpah ruah.

a) Sesiapa yang selalu membaca (Ya Zal Jalali wal Ikram), insyaAllah dia akan mendapat kejayaan, jika dia sertakan dengan usaha yang gigih dan tekun.

10. Ar-Rasyid. Maha pemberi petunjuk. Memberi arahan dan tuntutan kepada seluruh hambaNya. Segala peraturanNya itu berjalan menurut ketentuan yang telah ditetapkanNya.

a) Untuk mencerdaskan fikiran. Sesiapa yang membaca (Ya Rashid) berulang-kali pada waktu pagi dan petang, insyaAllah bertambah cerdas fikirannya.
Terima kasih membaca entry hafiz

Thursday, June 28, 2012

Adab Berbelanja

Views

Salman al-Farisi berkata :

"Janganlah kamu jadi orang yang pertama memasuki pasar dan yang terakhir keluar darinya, kerana pasar adalah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka."

Adab berbelanja :

1)  Hendaklah kita mengambil kira keperluan kehendak dan kemampuan.

2)  Tidak digalakkan membawa wang yang melampau banyaknya kerana akan mengakibatkan perbelanjaan yang melampau pembazirannya.

3)  Dapatkan pandangan daripada mereka yang tahu tentang sesuatu barang yang ingin dibeli.

4)  Pastikan barang yang dibeli itu halal pada perspektif Islam.

5)  Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar harga yang terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.

6)  Jujur dan amanah

7)  Utamakan urus niaga dengan orang Islam melainkan setelah tiada pilihan


Terima kasih membaca entry hafiz

Rakyat Palestin Di Penjara Israel

Views


Sudah lebih 60 tahun bumi Palestin dijajah rejim haram Zionis Israel. Sepanjang tempoh itu, bumi anbiya itu tidak pernah sunyi dengan kezaliman dan penindasan di luar batasan kemanusiaan.

Rakyat Palestin diratah semahu-mahunya bagi membenarkan misi Yahudi mewujudkan negara haram Israel. Maka tidak hairanlah umat Islam di Palestin sudah begitu kebal dengan penderitaan.

Dalam tempoh itu sudah berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin ditahan tanpa bicara. Episod penahanan tidak pernah berakhir. Tentera-tentera pencerobohan berkeliaran tanpa sekatan.

Nasib tahanan Israel sukar diramalkan. Kebanyakan tahanan menghabiskan umur di penjara. Namun, kebelakangan ini situasi agak berlainan. Tahanan penjara Israel mula mendapat perhatian setelah tertawannya seorang tentera penceroboh, Gilad Shalit.

Mahkamah Israel memutuskan bagi memastikan Shalit dikembalikan, seramai 1,000 tahanan Palsetin di penjara Israel dibebaskan. Pertukaran bermula dengan pembebasan 550 tahanan Palestin dengan Gilat Shalit.

Ia dianggap satu kejayaan buat rakyat Palestin. Tahanan Palestin tidak putus asa. Tahun ini siri-siri mogok lapar dilakukan mereka.

Dunia dikejutkan dengan dua mogok lapar berprofil tinggi oleh Khadir Adnan selama 66 hari dan akhirnya mahkamah Israel terpaksa membebaskan beliau pada 21 Februari lalu.

Begitu juga Hana Shalabi dibebaskan setelah 43 hari melakukan mogok lapar. Beliau dibebaskan awal April lalu. Tahanan Palestin terus mendesak Israel dengan melancarkan mogok lapar.

Seramai 2,500 lagi tahanan melancarkan mogok lapar setelah Israel mengabaikan tuntutan Bilal Diab dan Thaer Halahleh yang meneruskan mogok lapar masuk hari ke-70.

Mereka cuma minum air dan kesihatan mereka semakin meruncing. Israel yang sering mendabik dada dengan mendakwa negaranya tidak melanggar undang-undang akan terjejas sekiranya tahanan tanpa bicara mati.

Isu di Palestin bukanlah terbatas kepada isu penganiayaan kepada tahanan sahaja malah lebih teruk lagi. Gaza diburukkan dengan kekurangan bekalan ubatan serta krisis bekalan elektrik.

Bumi Gaza hanya dapat menggunakan kemudahan elektrik selama 6-7 jam sahaja sehari. Bekalan ubat-ubatan oleh misi-misi kemanusiaan disekat daripada menghampiri sempadan Gaza.

Stesen janakuasa Gaza dihadkan operasinya kerana ketandusan sumber bahan api. Palestin membeli bahan api dari Mesir, namun Kementerian Hal Ehwal Luar dan Keselamatan Mesir masih melakukan sekatan ke atas Gaza.

PAda 15 Mei lalu merupakan hari peringatan ke-64 tahun Nakbah Palestin dijajah rejim Zionis Israel. Sejak tempoh itu bumi Palestin tidak pernah sunyi dengan kezaliman. Rakyatnya diratah semahu-mahunya oleh penjajah Israel.



Terima kasih membaca entry hafiz

Mengapa Negara Islam Dituduh Pengganas?

Views

Kerajaan Komunis China telah menggelek ribuan pelajar prodemokrasi sehingga mati dengan menggunakan kereta kebal di Medan Tiannanmen dalam usahanya untuk membendung kebangkitan demokrasi di China. Apakah reaksi Amerika Syarikat dan sekutunya? Mengapa tidak dibuat suatu pakatan untuk menentang keganasan yang dilakukan oleh China sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ketika berhadapan dengan Osama bin Laden.

Bukti yang menunjukkan Kerajaan Komunis China membunuh beribu-ribu orang pelajarnya cukup jelas dan ianya dapat disaksikan di kaca TV sedangkan pembabitan Osama di dalam serangan ke atas WTC dan Pentagon masih lagi samar. Kerajaan Taliban dijadikan sasaran terbaru Amerika Syarikat kerana dituduh cuba melindungi Osama.

Apakah muslihat Amerika Syarikat sebenarnya? Amerika Syarikat pasti akan menyerang China sekiranya rakyatnya yang terkorban digelek oleh kereta kebal di Medan Tiannanmen dan ini membuktikan nilai nyawa seseorang berbeza pada kacamata Amerika Syarikat.

Situasi yang sama juga berlaku di Timur Tengah apabila rejim Yahudi sewenang-wenangnya melakukan keganasan dan penindasan ke atas rakyat Palestin. Boleh dikatakan hari-hari ada sahaja rakyat Palestin yang dibunuh oleh rejim Yahudi ini. Malah Amerika Syarikat masih lagi membela setiap tindakan yang dilakukan oleh rejim Yahudi dengan membekalkan rejim keparat itu dengan senjata-senjata canggih sehingga telah menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada negara-negara Islam terhadapnya. Implikasinya, sikap double standard Amerika Syarikat ini telah menimbulkan perasaan anti Amerika Syarikat yang cukup kuat dikalangan umat Islam di seluruh dunia.

Amerika Syarikat seperti tidak mahu mengakui kesalahannya itu adalah berpunca daripada kelemahan dasar luarnya terhadap negara-negara Islam khususnya yang melibatkan isu Palestin dan rejim Yahudi. Sebaliknya, Amerika Syarikat terus menuding jari dan menyalahkan Osama serta pertubuhan Al-Qaeda yang dipimpinya. Amerika Syarikat dan sekutunya juga telah mengumpulkan armada tenteranya untuk menyerang Afganistan. Nampaknya perang alaf baru semakin hampir dan menjadi kenyataan.


Terima kasih membaca entry hafiz

Monday, June 25, 2012

40 Penyebab Gangguan Syaitan Di Rumah

Views

Syaitan adalah golongan jin penderhaka, sombong & pengacau

Firman Allah SWT :
"Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. siapa yang mengikut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh berbuat keji dan mungkar." (An-Nur : 21)

1) Tidak melaksanakan perintah Allah
2) Pemberi tempat kepada pelaku bid'ah
3) Wanita yang menolak permintaan suami
4) Orang yang menakut-nakutkan orang lain dengan benda tajam
5) Orang yang meninggalkan solat
6) Rumah yang berbau busuk
7) Rumah yang penghuninya tidak mandi janabah
8) Rumah yang penghuni lelakinya memakai za'faran
9) Rumah seorang pemboros
10) Rumah yang penghuninya terus menerus berbuat maksiat
11) Rumah yang digunakan untuk perbuatan keji
12) Rumah pelaku dosa besar
13) Rumah yang di dalamnya terdengar nyanyian dan alat muzik
14) Rumah yang di dalamnya terdapat loceng
15) Rumah yang penuh ratapan menangisi mayat
16) Rumah yang di dalamnya terdapat khamar dan perjudian
17) Rumah yang ditempatkan syaitan
18) Rumah yang penghuninya biasa mencaci maki
19) Tipu daya dan pujukan
20) Memakai bekas emas
21) Perliaku nifak
22) Melupakan Allah
23) Perilaku kedekut
24) Memakan barang haram
25) Kufur terhadap Allah
26) Mencaci sahabat Rasul
27) Berdusta terhadap Rasulullah
28) Berlaku sombong
29) Meminum minuman keras
30) Mencuri dan menyimpan harta orang
31) Rumah yang di dalamnya terdapat gambar (patung)
32) Rumah yang di dalamnya terdapat kemusyirkan
33) Rumah yang dijadikan tempat permainan dadu
34) Rumah yang di dalamnya terdapat benda haram
35) Rumah orang yang terkutuk
36) Rumah orang yang memutuskan silaturrahim
37) Ruamh orang yang menderhakai orang tua
38) Rumah orang yang memakan harta anak yatim
39) Rumah orang yang memakan harta riba
40) Rumah yang di dalamnya terdapat anjing


Terima kasih membaca entry hafiz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...