Thursday, May 3, 2012

Dinamika Sebuah Sabar

Views


Jangan buat semak

Seorang isteri bercekak pinggang melihat anak kecilnya membuat sepah di ruang tamu, dia menjerit: “Sudah! Cepat kemas balik!” Anak perempuan kecil itu tergamam, tidak  mengerti kenapa dirinya dimarahi. Suaminya keluar dari bilik sebaik mendengar jeritan isteri. Dengan senyuman, dia menghampiri isteri dan bertanya: “Kenapa?” Jawab isteri, dia berang kerana rumah bersepah.

“Sabar sayang,” tegur suami lembut.

“Ini tengah sabar, kalau tidak sabar……sudah tentu saya cubit anak ini,” balas isteri.

Suami mengangguk, dia menggosok belakang isterinya. “Sabar itu bukan menahan marah semata-mata, sabar itu termasuk berfikir mencari jalan keluar terbaik daripada sesuatu masalah,” ujar suaminya.

Si isteri mencebik lalu berkata: “Abang cakap senang, cuba abang buat.”

Si suami melirik senyuman dan mendekati anak kecilnya sambil berkata: “Mari, kita bermain kutip barang. Abi kutip satu, kakak kutip satu. Siapa banyak kutip, dia dapat pahala. Mari!” ajak si bapa.

Anaknya berasa hairan dengan karenah si bapa. Bapanya tidak menunggu, dia mengutip mainan satu demi satu dengan gembira. Si anak mula tersengih, dia terhibur melihat si bapa mengutip mainan dan menyimpan ke dalam bekas. Akhirnya dia turut menyimpan barang mainan itu ke dalam bekasnya walaupun dia tidak mengerti apa tujuan berbuat begitu. Si suami memandang isteri dan berkata: “Anak tidak suka dipaksa, dia suak diajak bermain sama-sama.”

Jom main hujan

Suatu hari, bapa yang sama pulang daripada bekerja. Kebetulan anak perempuannya belum mandi. Bajunya kotor dan wajahnya bersempudal kerana memakan aiskrim. Bapanya menggeleng kepala sambil memberi arahan: “Cepat mandi! Pergi masuk tandas!” suaranya tinggi.

Anak yang baru pandai bercakap itu menjawab: “Tak nak! Tak mahu mandi!”

“Nanti abi pukul!” ugut si bapa. Anak berdegil. Isterinya muncul dengan senyuman.

“Abang….ingat lagi pesanan abang? Anak tidak suka dipaksa tetapi dia suka diajak bermain sama-sama.”

Ibu menghampiri si anak. Sambil menggosok kepalanya, ibu tersebut memujuk: “Kakak, mari kita main air hujan. Lepas itu kita main sabun. Ada buih-buih dan belon. Mesti seronok. Mari ikut umi mandi.”
Ibunya tersenyum manis. Si anak termangu melihat wajah ibu. “Kalau kakak mandi dengan umi, nanti tubuh kakak bau harum. Wangi sangat. Mesti Nampak comel macam puteri. Allah dan Rasul pasti saying kakak sebab kakak comel!” pujuk ibunya lagi sambil berjalan ke bilik mandi.

Si anak segera berubah menjadi ceria: “Nak mandi dengan umi!” Dia berlari mengikuti ibunya.

Jadi, apa pandangan awak tentang cerita ini?? comel bukan anaknya...hehe...

Terima kasih membaca entry hafiz

Tuesday, May 1, 2012

Mainan Yahudi

Views

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul.

"Sedarkah anda kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi??"


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. 
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. 

Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: 
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil". 

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita? 

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini. 

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 

Para zionis ini juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola… 

Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. 
Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. 

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas


Terima kasih membaca entry hafiz

Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 memalukan negara

Views


Bersih 3.0 berlaku pada 28 April 2012. Diketuai oleh Ambiga dari parti pembangkak. Bersih 3.0 ini masih mengekalkan ciri-ciri dari Bersih 2.0. dengan tujuan utamanya adalah untuk menuntuk keadilan untuk pilihan raya akan datang. Persoalannya, kenapa ketika pihak pembangkak menang pilihan raya dulu dengan menguasai 5 negeri mereka tidak kemukakan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0? ini menunjukkan bahawa pihak pembangkak masih tidak tahu bersyukur dengan kemenangan yang mereka miliki kerana satu persatu ahlinya keluar dari pemerintahan mereka. Ini mungkin kerana masalah dalaman dalam politik, ketidakkesimbangan pemerintahan pada negeri pembangkak atau pun ahli mereka semakin tahu apa tidak kena dengan pemimpinnya yang inginkan kekuasaan tanpa mampu menampung kehendak rakyat. Semakin banyak janji-janji mereka yang mereka sendiri tidak tepati berbanding pihak kerajaan yang selama ini membantu masyarakat di Bandar mahupun luar Bandar serta tidak lupa juga kepada masyarakat di kawasan pedalaman terutamanya di bahagian Borneo.

Kembali pada Besih 3.0 ini, dilihat pada tajuk utama berita 28 April 2012 mendapati majority dari ahli-hali Bersih 3.0 ada Melayu. Adakah ini menunjukkan yang masyarakat kita mudah diperdaya atau pemikiran mereka ditakuk lama? Jawapannya ada pada pemikiran masing-masing. Jika dilihat banyak kerosakan awam berlaku di kawasan sekitar demonstrasi. Sampaikan pihak polis tidak dapat mengawal sepenuhnya keadaan itu. Kereta peronda polis juga diterbalikkan oleh mereka. Inikah yang dikatakan BERSIH? Saya sendiri tidak Nampak apa yang dimaksudkan bersih itu. Hendak katakana bersih jiwa, tengoklah pada keadaan yang sangat memalukan, hendak kata bersihkan jalan, habis jalan raya kotor. Hmm…macam ini ke demokrasi Malaysia? Kita ada pelbagai cara untuk membuat aduan tapi kenapa demostrasi ini juga yang menjadi pilihan utama.

Lihat pula pada ahlinya. Terdapat kanak-kanak, pelajar, warga emas dan golongan terpelajar. Di sini kita Nampak, apa kaitan kanak-kanak dengan pilihan raya mahupun politik. Mereka tidak tahu apa-apa pun, yang mereka tahu keseronokkan bermain bersama kawan-kawan. Sedarlah anak-anak awak belajar di mana. Ingat anak-anak awak belajar di sekolah kerajaan yang sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan sendiri melainkan awak hantar anak awak ke sekolah swasta. Ini tidak termasuk golongan pelajar IPT, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Ingat pelajar IPT, kalau awak belajar di IPTA bolehlah awak keluar dari IPTA tersebut kerana awak menyokong Bersih melainkan awak pelajar IPTS. Sedar tidak sedar terdapat juga golongan emas yang masih ada hati untuk mengikuti demonstrasi ini. Kalau pakcik atau makcik dah tua, lebih elok duduk di rumah buat perkara-perkara berfaedah seperti mengaji ke, jaga makan minum keluarga ke. Ini tidak. Kalau dah sakit masa demostrasi tu, ada ke sesiapa nak tolong. Mereka akan biarkan pakcik atau makcik terbaring di atas jalan raya. Seterusnya menyalahkan pihak polis kerana menyebabkan beberapa orang sakit ataupun mati, padahal ahli-ahli mereka yang tidak sedar diri tentang perbuatan mereka.

Banyak pengajaran yang kita ambil pasal Bersih 3.0 ini. Selain memalukan negara, ekonomi negara turut merudum akibat rusuhan ahli Bersih ini. Peniaga terpaksa tutup kedai bagi mengelakkan kerugian yang besar. Selain itu, para pelancong juga takut hendak ke Malaysia lagi dan ini menyebabkan nilai perlancongan negara kita semakin berkurangan. Saya pun tidak tahu apa yang masyarakat mahukan lagi. Bantuan sudah diberikan. RM100 untuk pelajar sekolah, RM200 untuk pelajar IPT dan RM500 untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Tidak cukupkan dengan itu. Bersyukurlah dengan Malaysia kerana Malaysia salah satu Negara yang aman tiada bencana ataupun peperangan. Tuhan akan tarik balik nikmat itu jika kita tidak mensyukurinya.

Terima kasih membaca entry hafiz

Friday, April 20, 2012

Kenapa bayi menangis

Views




1) Saya perlukan makanan 


Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, sebab susu terawal kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit dan anda juga sedar bahawa susu "mula datang" sekitar hari ketiga. Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak, jadi, jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu, sebab besar kemungkinannya dia lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tetapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya. 


2)   Saya perlukan keselesaan


 Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah akan menjerit dan minta ditukarkan lampinnya dengan serta merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa jengkel. Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluan dia, jadi memang elok mencuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain bersabit pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa. 


3)  Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk


Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas Jika dia berada di kot atau raga pembawanya, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai kain penutup bukan duvet untuk membolehkan anda menambah atau membuangkan satu lapisan apabila perlu.


4)  Saya perlu dipeluk 


Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih tua akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi baru lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia. 


5)  Saya perlukan rehat 


Memang senang untuk menyangkakan yang bayi akan tertidur apabila mereka terasa nak tidur, di manapun mereka berada, sebab kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa - cahaya lampu, bunyi bising, di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain - hingga boleh menjadi gelisah. Ramai ibubapa mendapati bayi menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus dapat tidur.


6)  Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera 


Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka, ibubapa buat pertama kali, sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi menangis sebab dia sebenarnya seorang yang bersifat sedih (separuh bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa - ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis


7)  Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu


Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa bilamana dia meragam dan tidak senang untuk dipujuk. Ketidak gembiraan boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada satu-satu masa, tangisan yang tak berhenti-henti yang kadangkala dikenali sebagai kembung kolik. Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu.  
Terima kasih membaca entry hafiz

Wednesday, April 18, 2012

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI

Views


100 HARI SEBELUM MATI   
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA NAK MATI
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Ya ALLAH Ya Tuhanku, aku pohon moga matiku dalam iman. Ada tempat utk dikuburkan, ada org yang akan solatkan dan ada mereka yg sentiasa mendoakan

Terima kasih membaca entry hafiz

Makanan Ahli Neraka

Views


Allah s.w.t. berfirman:

“Sesunggunhnya pohon zaqqum itu, menjadi makanan orang-orang yang berdosa besar. (Buah itu) bagaikan cairan minyak yang mendidih dalam perut. Bagaikan mendidihnya air yang amat panas.” (Ad-Dukhan: 43-46)

Allah s.w.t. juga berfirman:

“Lalu kamu, hai orang-orang yang sesat dan orang-orang yang mendustakan, benar-benar akan makan dari pohon zaqqum. Lalu mengisi penuh perut (kamu) dengan itu. Lalu sesudah itu akan minum air mendidih. Maka (kamu) akan minum seperti minumnya unta yang haus. Inilah hidangan-hidangan mereka (golongan kiri) pada hari kiamat. Kami telah menciptakan kamu (yang tadinya kamu tidak ada); Maka mengapa kamu tidak membenarkan (hari kebangkitan)?” (Al-Waqi’ah: 51-57)

Allah s.w.t. juga berfirman:

“(Makanan di syurga) inikah hidangan yang lebih baik, apakah pohon zaqqum? Sesungguhnya Kami telah menjadikan (pohon zaqqum) ini sebagai ujian (seksaan) bagi orang-orang yang zalim. (Pohon zaqqum) adalah pohon yang tumbuh didasar Neraka Jahim. Mayangnya seolah-olah bagaikan kepala-kepala ular yang menakutkan. Sesungguhnya mereka (ahli neraka) akan makan mayang-mayangnya (pohon zaqqum), hingga mereka penuhkan perut-perut mereka dengannya. Kemudian sesudah makan buah zaqqum, mereka akan mendapat minuman dari air panas yang mendidih. Kemudian tempat kembali mereka benar-benar ke Neraka Jahannam.” (Ash-Shaffat: 62-68)

Beberapa ayat di atas menunjukkan bahawa para penghuni neraka memenuhi perut mereka dengan makanan yang mengerikan, kemudian mereka meminum dengan air panas yang mendidih. Panas air ini sudah mencapai batas maksima.

Daripada Ibnu Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. membacakan sepotong ayat:

“Hai orang-orang yang beriman, takutlah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar takut, dan janganlah kalian mati melainkan kamu dalam keadaan muslim.” (Ali Imran: 102)

Kemudian, Rasulullah bersabda:

“Jika dahan pokok zaqqum itu diletakkan di bumi, tentu kehidupan mereka akan rosak binasa. Jika demikian, bagaimana dengan orang yang memakannya?”

Allah s.w.t. berfirman:

“bagi mereka tidak ada makanan, kecuali dari kayu berduri.” (Al-Ghasyiyah: 6)

Allah s.w.t. berfiman:

“Maka pada hari itu ia tidak mempunyai teman yang setia di sini. Dan tidak mempunyai (pula) makanan selain dari pada kotoran.” (Al-Haqqah: 35-36)

Menurut Ibnu Abbas r.a., kotoran adalah salah satu makanan bagi ahli neraka.

Allah s.w.t. berfirman:

“Sesungguhnya di sisi Kami ada belenggu yang berat dan neraka. Serta makanan yang mencekik leher dan seksaan yang pedih.” (Al-Muzammil: 12-13)

Banyak ulama salaf yang merasa takut ketika mengingati makanan dan minuman ahli syurga. Mereka bahkan tidak mahu makan makanan dunia dan minum minuman dunia, kecuali sedikit sekali. Imam Ahmad berkata,”Rasa takut akan seksaan neraka menghalangku untuk makan dan minum.”
Syu’bah r.a. meriwayatkan dari Sa’ad bin Ibrahim, dia berkata “Abdurrahman diberi makanan untuk berbuka, ketika dia sedang berpuasa, kemudian dia membaca ayat:

“Sesungguhnya di sisi Kami ada belenggu yang berat dan neraka. Serta makanan yang mencekik leher dan seksaan yang pedih.”

Maka, dia menangis semahunya dan tidak berbuka, sampai makanannya diambil kembali oleh si pemberi.

Terima kasih membaca entry hafiz

Tuesday, April 17, 2012

Fadhilat Surah Yasin

Views



Hadrat Ata Ibn Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda,"Sesiapa yang membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".

Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan di dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati”.

Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin semata-mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."

Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) di dalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, di dalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan di dunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."

Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau seseorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun sesetengah ulama hadith telah mempersoalkan setengah daripada riwayatnya.)

Semoga kita dapat amal dan sampaikan......Insya'Allah.

Terima kasih membaca entry hafiz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...