Thursday, June 9, 2011

Maksud hari dalam kalendar kita

Views mesti ramai yang xpasti maksud nama sebenar hari yang kita selalu sebut kan..di sini saya post untuk pembelajaran kita..



Sunday
berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari 

Monday
berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan. 

Tuesday
berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’. 

Wednesday
berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom. 

Thursday 
berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’

Friday 
berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’ 

Saturday
berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi. 

Terima kasih membaca entry hafiz

Maksud bulan di kalendar

Views ramai yang tidak menyedari maksud bulan di kalendar...moga kita belajar tentang ini...kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan...mari kita baca tentang ini...



Januari
berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. 
Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.

 Februari
berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. 
Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di 
kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.

Mac 
berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.

April 
berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. 
Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. 
Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).

Mei 
berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.

Jun 
--> berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.

Julai 
berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

Ogos 
berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. 
Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.

September 
berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. 
Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

Oktober 
berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh

November 
berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

Disember 
berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi 
kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Terima kasih membaca entry hafiz

Wednesday, June 1, 2011

10 Stesyen Keretapi Terbaik Di Dunia siri 2

Views 6. Southern Cross Station (Australia)

Southern Cross Station merupakan stesyen keretapi dan pengangkutan awam terbesar di Australia. Southern Cross Station diubah dari konsortium Civic Nexus dengan lakaran oleh arkitek Grimshaw dengan gabungan bumbung beralun seperti ombak. Ianya terletak di Jalan Spencer berdekatan Jalan Collins and La Trobe di penjuru barat di kawasan tengah perniagaan. Terdapat banyak gerai dan warung. Stesyen ini merupakan stesyen keretapi ketiga tersibuk di Melbourne. Ini kerana terminal keretapi di bawah gerai-gerai yang sedai ada dan ianya juga mengendalikan perkhidmatan Skybus Super ke lapangan terbang Melbourne.


7. Madrid Atocha (Sepanyol)

Stesyen keretapi terbesar di Madrid. Perkhidmatan antara bandar dan daerah daripada selatan, dan keretapi berkelajuan tinggi dari Barcelona terus menuju ke stesyen ini. Arkitek dari Sepanyal Rafael Maneo membuat lakaran taman dan gerai-gerai yang sangta cantik. Ianya juga mempunyai kelab malam. Servis keretapi ini dibawah syarikat Renfe dari Sepanyol.


8. Chhatrapati Shivaji Terminus (India)

Merupakan bangunan teragung di India, Chhatrapati Shivaji Terminus terletak di Mumbai. Bangunan ini dibuat ketika era British, dan perpaduan sempurna serta ketradisonalnya dari arkitek India. Stesyen di terletak di pinggir kota dan laluan keretapi terpanjang dari stesyen ini. Dibuka pada 1887, di bawah kendalin Central Railways. UNESCO mengumumkan bahawa stesyen ini menjadi sebahagian dari warisan dunia. Direka oleh arkitek Frederick William Stevens, beliau mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan tapak bangunan ini. Nama awal stesyen ini ialah Victoria Terminus sempana nama Queen Victoria.



9. Stesyen Utama Antwerp (Belgium)

Stesyen Utama Antwerp merupakan salah satu stesyen terbaik di dunia. Keretapi katedral dibina pada 1895 hingga 1905. Kompleks keretapi ini mempunyai keluasan 400 meter, mempunyai 2 pintu masuk, bahagian bersejarah terletak di puntu masuk Astrid dan bahagian moden terletak di Kievit. Mempunyai gerai-gerai dan muzium permata dengan mempunyai 30 jenis kedai permata serat dilihat sebagai syurga membeli permata. Sementara bangunan utama direka oleh arkitek L. Delacenserie, bahagian kubah kaca yang besar pula direka oleh arkitek J Van Asperen.


10. Stesyen St. Pancras (UK)

Direka oleh Gilbert Scott,. Stesyen St. Pancras terletak di London. Mempunyai 243 kaki lebar dan 600 kaki panjang. Stesyen Keretapi Antarabangsa St. Pancras merupakan stesyen utama kepada Eurostar untuk servis kepada Brussels dan Paris. Stesyen ini mempunyai bar, gerai dan restoran dan cafe terpanjang di Eropah. Salah satu bangunan Victoria termasyur di London, stesyen ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang terbaik. Ia juga tempat terbaik untuk membuat filem, pengambaran serta menjadi tuan rumah pelbagai acara. Hotel Renaissance St. Pancras merupakan hotel romantik terbaik di London. Memiliki logam Gothic Revival, syiling daun emas, lukisan dinding yang diperbuat daripada tangan dan tangga yang luar biasa. Semua itu direka oleh Sir George Gilbert Scott untuk menerima pelancong dari stesyen antarabangsa St. Pancras.







Terima kasih membaca entry hafiz

Sunday, May 29, 2011

10 Stesyen Keretapi Terbaik Di Dunia siri 1

Views 1. Berlin Hauptbahnhof (Jerman)

Berlin Hauptbahnhof salah satu daripada stesyen keretapi terbesar dan tercantik di Eropah. kebijaksaan arkitek telah menjadikan stesyen keretapi dua tingkat terbesar di Eropah dengan mempunyai 14 platform dan 80 buah kedai. Stesyen ini dirasmikan pada 26 Mei 2006. Lokasinya terletak di tapak sejarah Lehrter Bahnhof. stesyen ini beroperasi dengan Stesyen DB dan servis di bawah anak sayrikat Deutsche Bahn AG. Diklasifikasikan sebagai stesyen nombor 1 dalam kategori ini, menjadi salah satu daripada dua puluh stesyen di Jerman dan ketiga di Berlin. Setiap hari sejauh 1,100 km keretapi akan bergerak, serantau dan keretapi transit cepat digunakanuntuk 14 platform pada 2 tingkat yang berbeza..


2. Stesyen Keretapi Kuala Lumpur (Malaysia)

Stesyen Keretapi Kuala Lumpur dengan senibina Moor melakar lakaran bangunan ini siap pada tahun 1910 dan menjadi bangunan bersejarah. Telah menjadi pusat sistem pengangkutan awam di Malaysia, dengan kubah dan lengkungan menjadikan salah satu stesyen keretapi teragung di dunia. Bangunan ini telah dinaiktaraf pada 1986 dengan kemudahan penghawa dingin di ruang menunggu, gerai dan kaunter pertanyaan. Direka oleh arkitek British iaitu A.B. Hubbock pada 1913, siap sepenuhnya pada 1917.


3. Kabel Keretapi Nodrpark (Austria)

Kabel Keretapi Nordpark adalah 4 stesyen terbaru dan kabel digantung pada jambatan yang bawahnya mengalir Sungai Inn. Stesyen ini dubuka pada Disember 2007. Arkitek Zaha Hadid yang mereka stesyen ini pada 2007. Lukisan Zaha Hadid telah memenangi hadiah Anugerah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 2005.


4. Gare de Strasbourg (Perancis)

Direka oleh arkitek dari Berlin, Jerman iaitu Johann Jacobsthal oada tahun 1883. Stesyen ini dinaiktaraf pada tahun 2007. 120 meter panjang yang pembinaannya dicampuri dengan kaca dengan rekaan sejarah stesyen keretapi. 25 meter jarak antara kubah dan lebih besar daripada bangunan lain.


5. Stesyen Kanazawa (Jepun)

Salah satu stesyen masa depan dan unik di Jepun. Stesyen ini sempurna dengan campuran tradisional dan moden dari arkitek. Pintu candi kayu dengan kaca dan besi hanya terdapt di Stesyen Keretapi Jepun Barat. Ketinggian pintu utama setinggi 14 meter menjadi lambang utama stesyen ini. Kubah yang besar menggabungkan antara timur dan barat stesyen dengan diperbuat dari kaca.


sambung di siri 2...




Terima kasih membaca entry hafiz

Top 10 Bangunan Tertinggi Di Dunia

Views semakin tahun semakin banyak bangunan yang akan melawan ketinggian masing-masing..ni dia 10 bangunan/menara tertinggi di dunia hasil daripada arkitek-arkitek dunia..

1. Burj Khalifa, The United Arab Emirates (828 m)


2. Taipei 101, Taiwan (508 m)


3. World Financial Center, China (492 m)


4. Petronas Tower Kuala Lumpur, Malaysia (452 m)


5. Greenland Financial Center, China (450 m)


6. Sears Tower, United State (442 m)


7. Guangzhou West Tower, China (438 m)


8. Jin Mao Building, China (421 m)


9. Two International Finance Centre, Hong Kong (415 m)


10. Trump International Hotel, United State (415 m)


adakah ada bangunan lain akan tewaskan BURJ KHALIFA???


Terima kasih membaca entry hafiz

Saturday, May 28, 2011

sebelum bercinta, semasa bercinta dan selepas putus...siri 6

Views


sebelum bercinta, semasa bercinta dan selepas putus...siri 6..siri ni pasal page-page saya kat facebook...istimewa sikit..edisi page...baca la...

sebelum bercinta...sy suka komen kat wall awk...
semasa bercinta...ayg komen abg..abg komen ayg...
selepas putus...Asyik-asyik aku je yang komen...

sebelum bercinta...sy sunyi la...
semasa bercinta...ayg syg kan abg..jgn tggl kan ayg ek...
selepas putus...Single sudeh...

sebelum bercinta...kaki sy sakit la..mcm2 la awk ni...
semasa bercinta...kaki ayg semut2...ayg ni mcm2 la...
selepas putus...semut gigit..haiiiissshhhh macam-macam hal laaaaa..nmpk siku ni!!

sebelum bercinta...muka awk mcm pelakon la...
semasa bercinta...muka abg sebijik mcm pelakon lama tu...sape ek...
selepas putus...MUkA KaU bETuL mAcAm hAJi bAkHiL

sebelum bercinta...awk ni sengal la..penat ketawa...
semasa bercinta...abg ni...epi ayg tau arini..sengal je...
selepas putus...Kesengalan melanda lorh~ ~ maaf maaf~ ~ ahahaha...xda maaf bg mu!!

sebelum bercinta...ari2 awk post kat wall sy...
semasa bercinta...abg ni..sume nama abg kat wall ayg tau...
selepas putus...Asyik-asyik aku je yang post

sebelum bercinta...awk admin page ape...t sy komen ek..
semasa bercinta...ayg byk jd admin...sume page ayg abg komen...
selepas putus...Asyik komen page ko je Sampai wall aku terabai.

sebelum bercinta...awk ni suka bersembang ek...
semasa bercinta...amboi ayg...sembang ngan kwn smpi lupe abg...
selepas putus...Kencang !betol kau sembang...bajet je!!

tamat sudah siri ini...berjumpa lagi dalam post akan datang...byeeee~~
Terima kasih membaca entry hafiz

sebelum bercinta, semasa bercinta dan selepas putus...siri 5

Views



ingat dah habis siri ni...rupanya ada lagi la....hehehe...




sebelum bercinta...tegasnya awk ni...
semasa bercinta...abg jgn la garang2 ngan ayg...
selepas putus...aku tengking td...ngs laki tu..padan muka!!


sebelum bercinta...betul ke ni gambar awk...
semasa bercinta...wah,abg mcm pelakon korea la...
selepas putus...ntah, gmbr mane die g potong..pastu kate muka die..puiiii


sebelum bercinta...awk mmg suka pki baju tu ek...
semasa bercinta...asik pki baju ni je...
selepas putus...woi!!xbasuh ke baju tu...asik baju tu je...


sebelum bercinta...bile kite leh jumpe ek???
semasa bercinta...ayg ni...asik cancel date je...
selepas putus...mmg nk cancel jumpe ko pun...skh ht ngan ko!!


sebelum bercinta...awk ada blog ek..t sy follow...
semasa bercinta...ayg ni letak gmbr abg lak kat blog..malu~~
selepas putus...aku dh unfollow ko...blog hampeh je..xbes!!


sebelum bercinta....pandai ek awk ckp bahasa korea...
semasa bercinta...abg ajar la ayg bahasa korea...
selepas putus...asik word tu je ko sebut...tu je ke ko reti...xgune tol!!


sebelum bercinta...awk nk suapkan sy makan ke???malu la~~
semasa bercinta...meh ayg suapkan abg...baru romantik kan...
selepas putus...xda suap2...nmpk garfu ni!!cocok kang!! 


sebelum bercinta...awk mmg suka bls msg pendek2 ek...
semasa bercinta...ayg mrh ke...pendek je bls...
selepas putus...bek ko anta msg kosong je...senang aku xpyh nk baca!


sebelum bercinta...awk suka like ek post sy...
semasa bercinta...abg ni...like gmbr ayg je tau...komen la ckt...
selepas putus...woi!!pahal like ni!!pc ko xda keyboard ke!!tampo kang!!



sebelum bercinta....awk jadi JPJ ek...utk kali pertama sy bg lps...
semasa bercinta...abg JPJ ke??ayg lepaskan...yuhuu~~
selepas putus...eh ko...saman tetap saman...cpt byr!!





sambung pada siri 6..itu pun kalo ada la kan..hehehe...
Terima kasih membaca entry hafiz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...